Blog ini akan bercerita tentang hati ku sendiri. Apa ada dalam hati kadang kadang tidak dapat terluahkan dengan perkataan kerana bimbang ada hati lain yang terluka. Moga apa yang di luahkan melalui penulisan akan membantu meringankan segala beban perasaan.
Wednesday, November 10, 2010
Sepanjang jalan kenangan ...ogos ke november 2010
Lama memang tak menulis. Dari tengah Julai hingga awal Nov. Banyak yg nak di tulis dan di ceritakan tp dah ingat2 lupa.
Sepanjang Ramadan tahun ni, memang tiap hari aku memasak sebab hubby berbuka di masjid, jadi kenalah siapkan bekalan dia dulu, pastu masak untuk abah. Alhamdullilah abah dapat menunaikan ibadah puasanya selama sebulan, pastu puasa Syawal enam hari.
Syawal pulak memang kelamkabut sikit sebab depa cuti awal jadi kena lah balik ke tempat masing2 awal juga. Jadi 8hb Sept tu aku dah antar abah balik P.R. Raya ke tiga lari semula untuk ambil dia bawak balik sini. Kebetulan Yah ngan Dani ada kat umah, jadi memang penuh la rumah. Anak anak Yah semua ada termasuk Bihah. Lepas minggu ke dua, Bihah balik semula ke Mesir dan Anas pun ikut jejak Biha ke sana. Insya ALLAH, kedua2nya berjaya.
Paling best, Abi, Nor dan Imah datang beraya kat umah. Itu lah part paling best raya thn ni. Kami dah lama x jumpa tapi sayangnya shidah x ada. Lain kali yer Shidah. Heehee
6hb lepas, buat tahlil dan doa selamat di umah. Selalunya aku buat di masjid jer. Kebetulan cuti Depavali,semua keluarga dapat hadir. Kebetulan Man pun balik juga. Memang meriah ari tu. Mujur si kenit Sara tak banyak ragam.
Friday, November 5, 2010
Tuesday, November 2, 2010
Salamm
Lama betul tak up date blog. Bujang tu buat praktikal di KL,jadi pinjam laptop ni. Jadi aku terpaksa ler cuti dari segalanya baik fb atau blog. Ni dia dah dapat keja di Kl. Orang muda, keinginan tinggi. Keja nak senang tapi gaji nak tinggi. Nasihat aku - berusaha lah dari bawah, baru merasai kemanisan gaji yg di perolehi. Okey nanti aku sambung lagi. Selamat malam
Friday, July 23, 2010
Kenduri kawen jaman sekarang... macam-macam
Tiap minggu ada je jemputan kawin. Kalau pegi memang seronok tenguk cara majlis di rancang. Sekarang ni ramai dah orang guna khidmat "Wedding Planner" dan dah tentu harga perkhidmatannya boleh tahan. Maklum ler dari kerusi meja, makan, pelamin, pintu gerbang dan macam-macam ler.
Tapi sekarang ni jamuan pun dah banyak berbeza dengan dulu. Dulu dulu main menu mesti nasik minyak atau nasik beriani. Sekarang ni dah ada lontong, rojak dan macam macam pencuci mulut.
Penah sekali tu pegi kenduri kawin, memang sedap makanan dia sebab dia buat nasi beriyani yang kering (tak berminyak langsung) pastu makan ngan ayam panggang, udang goreng mentega ngan rojak. Heheh sesekali makan camtu rasa sedap sangat. Lagipun kadang muak makan ayam masak merah, acar ngan dalca. Lagipun kalau orang wat kenduri tahlil pun, masakannya macam tu jugak.
Cuma yang tak sedapnya pegi kenduri kawin sekarang ni, bila nak balik tu tak der dah bunga telur. Depa dok bagi jajan dan paling latest ni, depa dah mula bagi bedak, sabun dan barang2 jenis cam tu.
Bukan tak boleh bagi menda2 tu tapi dah tak terasa keseronokan pegi kenduri bila tak da bunga telur.
Ialah, musim berganti, banyak perkara dah berubah. Dulu hantaran 2000, sekarang 20ribu. Dulu pakai pinggan kaca sekarang pinggan kertas.
Apapun, bersederhanalah. Jangan suk lepas kawin, pengantin tanggung hutang koperasi tak abis-abis.
Hmmmmmm agak2 bila ler famili kita nak wat kenduri kawin lagi ek? Sapa dulu?? hehehe
Sunday, July 18, 2010
Thursday, July 15, 2010
Diri, bersyukurlah...
Tadi pegi TJ Mart dan terjumpa Peah, kawan masa sama kerja di Taiko. Dari jauh aku macam biasa le dah melambai2 kat dia tapi aku melihat ada perubahan pada dirinya. Wajahnya pucat dan raut wajahnya hambar. Aku bersalam dan bertanya kabar. Saat aku bersalam, ku lihat dari pergelangan tangan hingga ke jari2nya putih pucat dan dia seakan menjerit bila jarinya ku genggam.
Rupanya dia baru pulih dari kemalangan jalanraya sebulan yang lalu. Akibat kemalangan, anaknya masih di rawat di Hospital Sultanah Aminah Johor dan yang lebih mempilukan bila Peah kata "Suami aku meninggal dalam accident tu".
Ya ALLAH, aku memang terkejut sebab setiap kali jumpa Peah mesti dia bersama suaminya dan anak2nya. Kini Peah melakukan segala-galanya sendiri. Suaminya tiada lagi menemani dia di sisi.
Ya Allah, ampuni aku. Aku selalu merungut dan tidak puas hati. Apakah aku mampu melakukan segalanya sendiri jika satu hari nanti KAU mengambil dia dari ku? Aku memang melakukan banyak perkara sendiri tetapi di masa hadapan,mampu kah aku?
Diri, bersyukurlah dengan apa yang ada. Maafkan aku diri kerana acapkali sebagai manusia biasa aku sering merasa tidak puas hati dan keciwa dengan apa yg aku perolehi.
Peah, pertemuan kali ini amat menyentuh hati ku dan aku akan cuba menjadi lebih bersyukur dengan apa yg aku ada. Insya ALLAH..
Al Fatihah buat suamimu Peah. Moga dia di tempatkan bersama para solehin. Amin
Sunday, July 11, 2010
Al Fatihah untuk Ayah Mat...
Semalam aku terjaga jam 2.15pagi dan tiba2 teringatkan Zura, kawan ku. Hati berdetik sendiri, apa agaknya yg terjadi. Lepas tu aku terlena semula dan dalam jam 3 lebih, ada sms dari Zura. Ayahnya meninggal dunia. Alfatihah..
Aku dengan Zura mula kenal semasa berkerja di MEM. Aku ingat lagi kenangan semasa kami tinggal di asrama. Maklum ler org bujang. Dia memang rajin masak dan yang sering membuat air liur ku kecur ialah singgang ikan dan kangkong goreng belacannya. Marvelous.(Kalau dia baca ni, sure punya kembang seluruh badan heheh)
Empat belas tahun mengenalinya, membuatkan aku sedikit faham akan perangainya. Alhamdullilah ALLAH S.W.T mempermudahkan perhubungan persahabatan kami sehingga aku mengenal keluarganya di Besut Terengganu. Semasa majlis perkahwinannya aku telah pergi ke Besut dan di situ aku mengenali Ayah Mat.
Sampai saat ini masih aku teringat lagi saat dia duduk di tepi tangga dan memerhatiku sambil berkata "Oh.. ini ruponya kak milah." Katanya dapat juga jumpa orang yang bernama Kak Milah, selalu cuma dengar cerita jer. Aku cakap ngan dia, ni lah kak milah hok comel tu. Dia ketawa suka.
Sejak itu, aku sering berhubungan dengan mak Yam, untuk bertanya kabar. Sehingga kini ku rasakan kami seperti satu keluarga.
Tapi takdir menentukan Ayah Mat menghidap kenser kulit dan akhirnya ALLAH S.W.T menjemputnya pada hari ini,11/7/2010, sekitar jam 2.15 pagi.
Kepada keluarga besar Makcik Yam,Ustaz Lah dan Kak Zie, Kak Zan,Ina, Zura, Patah, Idah,Azrul, Ilah, Adah dan Farihah hanya ucapan takziah dan AL FATIHAH dapat ku kirimkan. Moga semuanya sabar dan tabah. Untuk Adah dan Fariha, teruskan perjuangan sebab ayah mat tentu sekali ingin melihat kelian berjaya.
Moga Almarhum Ayah Mat di tempatkan bersama para solehin. Amin...
Friday, July 9, 2010
Monday, July 5, 2010
Alhamdullilah... syukur kepada Nya
Itu yang aku dapat katakan. Syukur ke atas setiap RahmatNya. Ana telah selamat melahirkan baby girl Nurul Aqila Maisara pada 1hb July 2010. Aisyah pulak dah selamat untuk menyambung pelajaran di Universiti Malaysia Sabah.
Bujang Apiz pulak dah masuk dua bulan menjalani praktikal di Jabatan Tenaga Rakyat di Subang Jaya. Moga2 dia berjaya mendapat perkerjaan yang baik setelah tamat nanti.
Moga yang lain juga terus berjaya dunia dan akhirat. Aminnnn
Bujang Apiz pulak dah masuk dua bulan menjalani praktikal di Jabatan Tenaga Rakyat di Subang Jaya. Moga2 dia berjaya mendapat perkerjaan yang baik setelah tamat nanti.
Moga yang lain juga terus berjaya dunia dan akhirat. Aminnnn
Sunday, June 20, 2010
Selamat Hari Bapa, abah...
Apa yang perlu ku tulis mengenai abah? Sebenarnya terlalu banyak. Abah yang satu ketika dulu amat berdikari kini sudah semakin di mamah usia dan uzur. Semalam aku terpaksa menangguhkan solat maghrib ku kerana keuzurannya. Mula tu dah masuk bilik air, dengar dia batuk berulang kali. Aku keluar semula dan menyapu segala macam minyak. Minyak angin, minyak rusa, minyak rimau. Dah macam2 bau minyak. Kemudian aku kembali ke bilik air semula, dengar dia batuk lagi. Lebih keras dari sebelumnya. Aku keluar lagi dan sapu pulak ubat batuk terapi yang Seman bagi dia. Agaknya selepas meneguk sedikit air, batuk reda dan solat ku semalam dah hampir jam 8.
Abah, aku tahu aku tidak mampu menjagamu sebaik baiknya. Namun aku sentiasa memohon pada ALLAH SWT agar memberikan aku kesabaran dan ketabahan untuk terus menjaganya walaupun kadang2 aku terpaksa berselisih pendapat dengannya.
Abah, hanya ku mohon, ampunkan dosa2 dan ketelanjuran kata-kata dan perbuatan selama aku menjagamu. Aku hanya manusia biasa yang tidak pernah lari dari melakukan kesilapan. Maafkan aku ...
Friday, June 18, 2010
apa dalam hati...
Memang lama tak buka blog. Hati gundah gulana. Memikirkan macam-macam hal. Suami, ayah, anak-anak dan adik beradik. Sebenarnya hati di rasuk rindu pada mereka. Termasuk kenangan masa lalu masa kecik kecik, menginjak remaja dan melangkah dewasa. Di depan mata terbayang2 keletah ayong, pas tu apiz yang macam2, ain lutut merah dan adik yang putih melepak. Aisyah, Naim dan yam duduk jauh jadi hanya jumpa masa raya. Syafiq memang jarang jumpa dulu. Apapun itulah buah hati yang kadang boleh membuat aku tidak tidor lena.
Walapun hanya anak sedar tapi, hati risau memikirkan mereka di masa depan. Aku cuba berhenti untuk memikirkan mereka tapi entah lah. Barangkali itu lah perasaan aruah mak dulu. Kini masa sampai untuk ku pula.
Anak2, doa uda kebahagian untuk kelian dunia dan akhirat. Jangan sesekali derhaka pada ibubapa dan jangan abaikan solat yer.
Walapun hanya anak sedar tapi, hati risau memikirkan mereka di masa depan. Aku cuba berhenti untuk memikirkan mereka tapi entah lah. Barangkali itu lah perasaan aruah mak dulu. Kini masa sampai untuk ku pula.
Anak2, doa uda kebahagian untuk kelian dunia dan akhirat. Jangan sesekali derhaka pada ibubapa dan jangan abaikan solat yer.
Tuesday, June 8, 2010
Tetamu Senja
Dah lama tak update blog. Bukan x ada citer tapi x tau nak di mulakan dari mana. Aku hantar abah ke hospital pd 31hb Mei ari tu dan dalam masa dua hari berbagai yang ku lihat. Benar lah,kematian akan tiba bila sampai masanya. Tidak cepat atau lewat walau se detik. Kedua-duanya masih muda dan kadang kala di fikirkan, kenapa muda2 dah meninggal tapi itu janji ALLAH S.W.T.
Seorang pengidap kencing manis berusia 33 dan seorang lagi sakit jantung dan baru 26 thn. Yang berusia 33thn, meninggalkan isteri yang tidak berkerja dan anak berusia 8 dan 5thn. Yang lagi satu meninggalkan isteri yang sarat mengandung dan anak yang masih kecil.(Aku x pasti berapa dan usia anak2nya)
Aku terfikir, apa akan jadi selepas ini? Apakah anak-anak akan mendapat ayah baru dan saat ibu leka di belai cinta baru, akan terabaikah anak2? Barangkali orang akan menganggap aku pesemis tapi itulah hakikiat kehidupan.
Ada masa kita alpa dengan tanggungjawab tidak terkecuali diri ku sendiri. Ada masa aku menuntut sesuatu yang lebih dari yang sepatutnya kerana sifat manusia tidak pernah puas dengan apa yang ada.
Maafkan aku Ya ALLAH. Aku berusaha memperbaiki diri ini walaupun dengan segala kepayahaan.
Wednesday, May 26, 2010
Kisah kehidupan..
Dah berapa ari ni tak update blog ni. Ada busy sikit. Tambah pulak lutut ni kemain sakit lagi. Entah kenapa tak tau ler. Nak kata lebih urik asid, rasanya tak da makan daging merah. Hubby lak tak berapa sihat.Kejap demam, kejap kebah. Berulang-ulang. Mujur abah ok. Tapi rasanya minggu depan nak bawak gak pegi Hospital. Bulan enam dah mula rejab. Dia dah cakap nak puasa. Kesian pulak. Apa-apa pun, doaku agar aku sihat untuk menjaga ke dua-dua mereka. Aminnnn
Sunday, May 23, 2010
Untuk anak-anak...
Ari ni masak sambal tumis ikan bilis, kari kepala ikan merah ngan goreng papedom. Makan siang tadi sorang jer. Hubby pegi gotong royong di Kebun Teh. Abah memang makan awal. Memang hari ni masak awal dari selalu. Kadang dah tengahari baru jenguk dapur.
Bila makan sorang-sorang, teringat pada anak anak buah yang lapan tu. Abang memang suka sangat makan masak pedas. Memang dia akan menambah dua,tiga kali. Sayu rasa hati bila tenguk kari tu dah masak. Masa berlalu terlalu pantas. Dulu aku yang menyuap makan, mendodoi masa dia nak tidor dan melayan segala kerenahnya. Sekarang dia sudah mulai menapak sendiri menentukan haluan hidupnya.
Aku kadang kadang sedih bila mengingatkan semakin dewasa anak-anak, mereka semakin cuba hendak menjauhkan diri. Rasanya tidak pernah mereka di halang tanpa sebab, tidak pernah mereka di tegur jika tidak melakukan kesilapan tapi mereka seolah-olah mahu pergi jauh dan meninggalkan kami di sini sendirian.
Ada masa mereka menjadi terlalu perahsia. Kenapa? Salahkah jika kami orang tua mereka mahu mengetahui rahsia mereka demi menjaga keselamatan mereka?
Seingat aku, semasa usia remaja, setiap langkah dan perbuatanku akan ku maklumkan pada mak dan abah. Kemana juga hala tujuku, mereka orang pertama aku maklumkan supaya jika terjadi sesuatu, mereka sudah maklum di mana aku berada.
Anak-anak ku, kami tidak pernah mahu menyekat kebebasan kelian. Kami menjaga kamu ibarat bermain layang2. Kami biarkan kamu terbang bebas tapi dalam masa yang sama, kami sentiasa memastikan supaya kamu tidak tersasar jauh dari landasan sebenarnya.
Biar kamu sudah semakin dewasa, ingatlah ibubapa tetap perlu di hormati dan jangan sekali2 bersikap tidak jujur kepada mereka. Teguran mereka bukan ke jalan keburukan tapi untuk kebaikan mu juga. Berbincang lah jika ada kesulitan baik dari segi pelajaran atau peribadi.
Saturday, May 22, 2010
Cerita tentang hati..
Malam tadi mata susah nak lelap. Bila dah bangun, aku menjenguk ke bilik abah. Rupanya dia lapar tapi makanan dah sejuk. Lagi pulak dia sakit kepala dan gelap mata. Sebak ati aku bila dia kata, nak makan tapi bubur tu sejuk. Aku panaskan bubur dan buatkan se cawan nescafe panas untuknya. Bagi sekali ubat sakit kepala. Lepas makan, aku suruh dia tidor. Abah ada habit yang payah nak di tinggalkan. Kalau dia dah terjaga dari tidor, tak kira pukul berapa dia akan bangun dan mandi. Aku takut itu akan mendatangkan masalah pada paru2nya pula. Tapi itulah orang tua. Di nasihat nanti dia merajuk dan kata aku asik marah dia jer. Apa pun aku cuba membuat yang terbaik walaupun kadang-kadang dia masih tak puas hati.
Aku tahu aku bukan yang terbaik untuk memenuhi setiap keinginan orang lain. Aku tahu kadang2 keikhlasan ku tertinggal jauh di belakang kerana aku juga manusia biasa yang punyai bukan sedikit malah berjuta kekurangan.Aku juga ada masa hati ku meronta ronta tidak puas hati dengan apa yang ku alami selama ini tapi aku juga tahu ALLAH Maha Mengetahui.
Aku sering mengingatkan diriku sendiri bahawa sampai suatu saat, aku juga akan jadi seperti abah. Namun abah lebih beruntung kerana mempunyai anak-anak sedangkan aku? Aku hanya mampu berdoa agar hidup di usia senja ku akan ada sekelumit kasih sayang dari insan untuk di kongsi bersama ku.
Wednesday, May 19, 2010
Tuesday, May 18, 2010
Hehe akhirnya aku terkena juga...
Semalam balik Masjid, hubby kata ada orang jual periuk kat depan umah sewa dia.Dah dia bagi pegi, aku pegi gak ler tenguk2. Memang ler mahal sikit. Yang syoknya aku tenguk mangkuk cuci tangan. Memang cantik, tanya orang tu berapa, dia kata RM32.OO sebiji. Kat umah memang tak da benda tu. Jadi ingat dalam hati, kalau beli ok gak, kot2 nak buat kenduri ker, senang sikit. Beli dua dia bagi RM50.00. Balik tunjuk kat hubby dia kata, cantik, rasa lega sikit sebab dia setuju dengan pembelian tu.
Petang tadi pegi beli barang di TJ MART. Sambil jalan jalan ternampak ler bekas cuci tangan yang memang sama sesangat dengan yang beli semalam. Nak tau berapa? RM10.00jer untuk 3 bijik. Rasa nak jerit kat situ gak. Aku ter tipuuuuu.
Nak sedapkan ati, cakap ler, tak pa la. Orang tu pun nak cari makan gak tapi lepas ni, insyaALLAH tidak lagi aku beli kat situ.
Petang tadi pegi beli barang di TJ MART. Sambil jalan jalan ternampak ler bekas cuci tangan yang memang sama sesangat dengan yang beli semalam. Nak tau berapa? RM10.00jer untuk 3 bijik. Rasa nak jerit kat situ gak. Aku ter tipuuuuu.
Nak sedapkan ati, cakap ler, tak pa la. Orang tu pun nak cari makan gak tapi lepas ni, insyaALLAH tidak lagi aku beli kat situ.
Monday, May 17, 2010
Semalam berlalu, hari ini di hadapi...
Semalam aku lewat pegi ziarah. Sampai jer jenazah dah di kebumikan. Apapun aku tidak merasa ralat sebab aku dah jumpa Almarhumah semasa beliau di Hospital Kulai. Sepi rasanya bila datang ke rumah itu tanpa sapaan dan senda guraunya nya. Semasa aruahnya ada, dia akan duduk di beranda rumah dan menyapa sesiapa saja yang lalu di hadapan rumah. Itulah yang akan menjadi kenangan pada kami. Almarhumah dari golongan yang peramah dan berkawan tanpa mengira status.
Kadang-kadang aku selalu terfikir, kalaulah aku mampu mengubah putaran dunia, aku pasti ingin kembali kepada keindahan dan keceriaan semasa zaman remaja di rumah ku itu. Berjalan ke sekolah ugama, menunggu bas ke sekolah menengah sambil menghirup air batu sirap di tambah dengan air jeruk.
Tapi ini lah putaran hidup yang hakiki. Dari bayi, menjengah ke zaman kanak2, melangkah ke usia remaja, berkerja dan kini aku seorang suri rumah sepenuh masa. Selalu aku merungut, penat kena buat kerja rumah dan memasak. Tapi sesungguhnya setiap kali itu juga aku berdoa agar aku ikhlas dalam setiap yang ku lakukan. Aku tahu, masih ada ramai orang di luar sana yang mengalami kepayahan yang lebih teruk dari ku.
Begitulah, semalam telah berlalu, hari ini di hadapi dan esuk segala kemungkinan akan berlaku tanpa kita duga.. Diri, bersyukurlah..
Saturday, May 15, 2010
Al fatihah..
Sepatutnya petang sabtu ni, aku akan menghadap tv8 untuk tenguk citer Taiwan. Tapi ari ni, setelah mendapat kabar dari Yus memberitau Mak Som meninggal,mood aku terus hilang. Aku hanya mampu mengimbau kisah-kisah lalu antara keluarga Mak Som dan keluarga kami.
Bila abah tamat perkhidmatan TUDM, kami berpindah ke FELDA. Bukan nak berlagak atau cakap sombong, tapi ini adalah hakikat. Kami adik beradik tak pernah hidup susah. Selama abah kerja, kami tinggal di kuarters. Api dalam kaco, air dalam bosi, kata orang nogori.
Bila kami sampai di FELDA,ia tak ada apa2. Air di tepi jalan, elektrik memang tak ada. Kami adik beradik menangis nak balik ke umah di K.L. Saat itu lah kami sekeluarga mengenali Mak Som dan aruah Pakcik Keman. Dia lah yang menolong mak dan abah angkat air, pasangkan lampu gasolin dan memujuk kami adik beradik.
Keluarga kami menjadi akrab sejak itu dan aruah memang "best friend" aruah mak ku.
Sampai hari ini, aku masih ingat keharumah nasi lemak, kelembutan kueh sambal dan seri muka Mak Som. Itu telah menjadi sebahagian darah daging ku. Dulu jam 530 pagi, aku akan ke rumahnya dan membeli makanan tersebut sebagai bekalan untuk di bawa ke kilang tempat aku berkerja.
Mak Som dan aruah pakcik memang orang yang murah hati. Kerana itu mereka murah rezeki dan mampu membesarkan anak-anaknya seramai 10orang(aku pun dah lupa bilangannya)dengan hasil berniaga tersebut.
Kalau bulan puasa, aku memang tunggu2. Kami akan bertukar2 juadah dan tentunya juadah Mak Som yang aku tunggu. Sehingga kini aku akan mencari Bubur Candil kerana aruah yang mengajar aku memakan bubur itu.
Bila nak raya, Mak Som, Uda, Yus dan kakak sulong ku akan beramai2 membuat kueh buah rotan, mini popiah dan dua tiga jenis lagi kueh.
Aku tau saat itu tidak mungkin berulang tapi, setiap memori lalu telah ku letakkan di sudut hati ku yang paling dalam agar ia tidak luput hingga akhir hayat ku.
Buat Abg Long, ngah, uda,uteh, andak,alang, anjang, yus, ucu dan iwan,takziah dari ku dan keluarga. Biar lah Mak Som tenang di tempatnya dan di letakkan bersama golongan para solehah.
Bagi pihak keluarga, terima kasih kerana menerima kami sebagai keluargamu. Biar pun orang yang kita sayangi telah meninggalkan kita, ku harapkan hubungan antara kita tetap kekal hingga ke akhir hayat kita.
ALfatihah buat Almarhumah Bonda Thum bt Darim..
Friday, May 14, 2010
Penawar rindu ....
Lagu yang sering aku nyanyikan semasa aruah mak ada. Nyanyi sambil baring-baring di sebelahnya atau saat mengemas rumah. Dia selalu marah sebab katanya menyakitkan telinga. Tapi kalau kat radio atau tv keluar lagu ni, memang suka benor dia. Tapi bila mak dah tak da, aku tidak lagi mampu untuk menyanyi walaupun se baris lirik yang mudah.
Mak, rindu ku tidak pernah padam...
Wednesday, May 12, 2010
Monday, May 10, 2010
Selamat meneruskan pelajaran adik...
Esuk (10/5/10) adik akan melanjutkan pelajaran ke Kolej Matrikulasi di Pontian. Sebenarnya dia juga mendapat tawaran ke UITM Bukit Mertajam jurusan Kejuruteraan Eletrikal(Peralatan). Tapi mak dan abahnya memujuknya ke Kolej Matrikulasi sebab dekat sikit. Sebelum ni abang di UUM, Sintok dan kakak di UIA, Gombak.
Agaknya si kecik ni memang di harapkan dapat dekat2 jer dan senang mak dan abahnya menjenguknya.
Sebenarnya adik lebih berminat ke UITM sebab itu kursus pilihannya tapi dia akur dengan kehendak mak dan abahnya.
Adik, itulah pengorbanan. Besar pahalanya berkorban pada mak dan abah. Barangkali setengah orang melihat kes begini sebagai menghalang minat anak. Tapi aku lebih percaya ada hikmah di sebaliknya.
Uda doakan adik belajar dengan baik dan selepas ni dapat melanjutkan pelajaran dalam bidang yang adik minati. Jangan lupa setiap pesan mak dan abah sebab tanpa restu mereka kita tidak mungkin berjaya.
Sunday, May 9, 2010
Kopratasa - Masihkah Kau Ingat
Lagu ini khas buat kawan-kawan di mana saja berada samada kwn2 di sekolah Keb dan Men, di Institute Damai Kluang, di Pusat Latihan Trolak, Sungkai dan yang sama-sama berkerja di Taiko atau Mitsubishi. Anda sentiasa di hati ku..
Bertemu kawan lama..
Betapa besarnya kuasa ALLAH S.W.T. Semalam aku terjumpa kawan lama yang sama-sama berkerja di Taiko Electronics. Rasanya sudah hampir 16tahun tak juma dia. Ju adalah kawan yang sama2 berjalan kaki pergi dan balik ke tempat kerja. Pada sekitar 1990an memang payah nak dapat kenderaan untuk ke tempat kerja kami. Bas pun masa tu sejam sekali. Akhirnya tiap pagi kami berjalan kaki dan balik pun jalan kaki juga. Dulu keadaan sekitar itu selamat. Insyallah Ju, kita jumpa lagi nanti. Terlalu banyak kenangan kita berdua kan...
Lagi sorang yang aku jumpa ialah Aminatul. Dia sama2 kerja di Mitsubishi Electric tapi sekarang Ami dah bawak bas sekolah. Hehe tak sangka Ami yang kecik tu dah jadi driver bas.Rasanya dah tujuh atau lapan tahun tak jumpa dia.
Apapun aku gembira, kawan2 ku masih seperti dulu juga,walau lama tak jumpa, mereka masih ramah seperti saat kami sama2 berkerja dulu. Ami, all the best "mama driver".
Lagi sorang yang aku jumpa ialah Aminatul. Dia sama2 kerja di Mitsubishi Electric tapi sekarang Ami dah bawak bas sekolah. Hehe tak sangka Ami yang kecik tu dah jadi driver bas.Rasanya dah tujuh atau lapan tahun tak jumpa dia.
Apapun aku gembira, kawan2 ku masih seperti dulu juga,walau lama tak jumpa, mereka masih ramah seperti saat kami sama2 berkerja dulu. Ami, all the best "mama driver".
Monday, May 3, 2010
Bersyukurlah diri...
Semalam seorang anak kecil datang ke rumah dengan membawa pinggan berisi dua ekor ikan kering.
"Nenek, mak mintak tolong gorengkan.Gas abis, ayah gaji esuk".
Aku terkesima dengan kata-katanya. Aku tidak tahu apa perasaan aku saat itu.
Aku memang kenal keluarga itu. Mak kanak-kanak itu mengidap sakit buah pinggang dan anak lelakinya sakit paru2. Suaminya berkerja di kilang.Sambil mengoreng ikan aku terfikir tentang diriku, seringkali berkeluh kesah sedangkan masih ada lagi insan yang lebih susah dari ku.
Apakah aku tergolong di dalam mereka2 yang tidak bersyukor? Maafkan aku diriku.
Sunday, May 2, 2010
Ikhlas kah aku?
Aku tak tau ikhlaskah aku? Aku cuba sedaya upaya melakukan segalanya dengan ikhlas tapi aku juga manusia biasa yang tidak pernah lekang melakukan kesilapan bila dan kealpaan. Aku mohon ALLAH S.W.T memaafkan setiap kelalaianku, kemarahan hati ku dan kata-kata yang membuatkan orang lain tersinggung hati. Aku juga memohon agar setiap apa yang terdetik di hatiku yang mengandungi niat yang tidak selaras dengan kemahuan asalku di maafkan. AMIN YA RABBIL ALAMIN.
Wednesday, April 28, 2010
Untukmu Ibu ~Mamat~
Sesungguhnya aku tidak mahu bulan mei ada di dalam kalendar. Semua org bercerita dan menyebut mengenai hari ibu sedangkan aku masih terus berendam air mata dengan pemergian mu ibu walaupun sudah sembilan tahun berlalu.
Ya ALLAH, tempatkan Almarhumah Ibuku bersama mereka yang solehah. Alfatihah..
Tuesday, April 27, 2010
Alahai lenguhnya menunggu...
Pagi tadi pegi Klinik Kesihatan. Ubat dah abeh, kenal pegi gak. Pegi klinik ni kena awal2 sebab nanti payah parkin dan dapat nombor giliran banyak. Tapi biasa ler bila kat umah ada jer yang nak kena buat. Pegi tadi dah pukul 730, jem lagi kat depan umah sebab depa tengah wat jalan. Sampai Senai Utama jem lagi sebab depa nak wat u-turn. Sudahnya sampai dekat pukul 8 jugak ler.
Dapat nombor ler 1057. Aduh.. jenuh nunggu. Buat ler berapa banyak polisi keja pun, dia tetap gitu. Sekarang banyak orang dah sakit. Dari yang baby kecik sampai baby tua.
Jumpa kawan lama. Aku kagum dengan dia. Dia tabah menghadapi setiap kesukaran hidup yang di alaminya. Di wajahnya masih mampu menguntumkan senyum yang mengambarkan dia amat berbahagia. Aku berdoa moga dia terus tabah dan moga ALLAH S.W.T sentiasa bersamanya dalam susah dan senangnya.
Dapat nombor ler 1057. Aduh.. jenuh nunggu. Buat ler berapa banyak polisi keja pun, dia tetap gitu. Sekarang banyak orang dah sakit. Dari yang baby kecik sampai baby tua.
Jumpa kawan lama. Aku kagum dengan dia. Dia tabah menghadapi setiap kesukaran hidup yang di alaminya. Di wajahnya masih mampu menguntumkan senyum yang mengambarkan dia amat berbahagia. Aku berdoa moga dia terus tabah dan moga ALLAH S.W.T sentiasa bersamanya dalam susah dan senangnya.
Monday, April 26, 2010
Rumah itu saksi cerita masa lalu...
Ari ni mata masih sakit. Tengok apa-apa pun kelabu jer. Pagi tadi balik P.R jap. Singgah umah. Sedih tenguk umah tu. Dulu situ ler tempat aku bergembira ria. Tiada kenangan yang paling indah kecuali di rumah itu. Tapi masa merubah segalanya. Pemergian mak menjadikan segala-galanya bertukar. Aku amat merindui saat-saat lalu. Duduk di hujung kaki mak dan jari-jarinya ligat mencabut uban ku. Kelakar kan. Waktu tu, rasanya masa tu usia ku baru menginjak ke 30an.
Entahlah, aku tidak dapat membayangkan seandainya satu saat nanti abah mengikut jejak mak, sapa yang akan duduk di umah itu?
Moga satu masa nanti, keceriaan dan keindahan masa lalu akan berulang di rumah itu.
AL FATIHAH untuk Almarhumah bonda ku yang tercinta. Ketahuilah mak, sehingga saat ini rindu ku tidak pernah padam pada mu.
Sunday, April 25, 2010
cerita hari ini..
Inallilah...Ada orang meninggal dekat rumah hari ni. Aruah tiba-tiba jer di sahkan kanser otak. Itulah realiti kehidupan. Jodoh pertemuan, ajal dan maut itu kerja ALLAH S.W.T. Sebagai makhluk ciptaan NYA, kita patut bersedia kerana segalanya tersurat di Loh Mahfuz. Aku? Kematian berada di mana mana dan bila bila sahaja.
Ampuni dosa2 ku YA RABBI..
Saturday, April 24, 2010
Dengan BISMILLAH ku mulai ...
Sebenarnya sudah lama hati ingin membuka blog ini. Tapi biasalah sebagai manusia, seringkali mempunyai ber ribu malah ber juta alasan. Sedangkan yang sebenarnya telah menelan terlalu banyak "Suplement M".Hari ni, hubby pegi Mesyuarat JKKK, jadik ada masa yang panjang untuk mencuba.
Apapun t.q kepada rakan akrab Cik Nor sebab sentiasa bertanya bila dia boleh membaca blog ini. Tunggu yer Nor, I try hard for it. Hehe
Subscribe to:
Posts (Atom)