Thursday, July 15, 2010

Diri, bersyukurlah...


Tadi pegi TJ Mart dan terjumpa Peah, kawan masa sama kerja di Taiko. Dari jauh aku macam biasa le dah melambai2 kat dia tapi aku melihat ada perubahan pada dirinya. Wajahnya pucat dan raut wajahnya hambar. Aku bersalam dan bertanya kabar. Saat aku bersalam, ku lihat dari pergelangan tangan hingga ke jari2nya putih pucat dan dia seakan menjerit bila jarinya ku genggam.
Rupanya dia baru pulih dari kemalangan jalanraya sebulan yang lalu. Akibat kemalangan, anaknya masih di rawat di Hospital Sultanah Aminah Johor dan yang lebih mempilukan bila Peah kata "Suami aku meninggal dalam accident tu".
Ya ALLAH, aku memang terkejut sebab setiap kali jumpa Peah mesti dia bersama suaminya dan anak2nya. Kini Peah melakukan segala-galanya sendiri. Suaminya tiada lagi menemani dia di sisi.
Ya Allah, ampuni aku. Aku selalu merungut dan tidak puas hati. Apakah aku mampu melakukan segalanya sendiri jika satu hari nanti KAU mengambil dia dari ku? Aku memang melakukan banyak perkara sendiri tetapi di masa hadapan,mampu kah aku?
Diri, bersyukurlah dengan apa yang ada. Maafkan aku diri kerana acapkali sebagai manusia biasa aku sering merasa tidak puas hati dan keciwa dengan apa yg aku perolehi.
Peah, pertemuan kali ini amat menyentuh hati ku dan aku akan cuba menjadi lebih bersyukur dengan apa yg aku ada. Insya ALLAH..
Al Fatihah buat suamimu Peah. Moga dia di tempatkan bersama para solehin. Amin

1 comment:

  1. Dan sungguh akan Kami berikan cubaan kepadamu dengan sedikit ketakutan, kelaparan, kekurangan harta, jiwa dan buah-buahan. Dan berikanlah berita gembira kepada orang-orang yang sabar, (iaitu) orang-orang yang apabila ditimpa musibah, mereka mengucapkan "Innalillaahi wa inna ilaihi raaji'un'. Mereka itulah yang mendapat keberkatan yang sempurna dan rahmat dari Tuhan mereka dan mereka itulah orang-orang yang mendapat petunjuk. (Surah Al Baqarah

    ReplyDelete