Blog ini akan bercerita tentang hati ku sendiri. Apa ada dalam hati kadang kadang tidak dapat terluahkan dengan perkataan kerana bimbang ada hati lain yang terluka. Moga apa yang di luahkan melalui penulisan akan membantu meringankan segala beban perasaan.
Sunday, May 23, 2010
Untuk anak-anak...
Ari ni masak sambal tumis ikan bilis, kari kepala ikan merah ngan goreng papedom. Makan siang tadi sorang jer. Hubby pegi gotong royong di Kebun Teh. Abah memang makan awal. Memang hari ni masak awal dari selalu. Kadang dah tengahari baru jenguk dapur.
Bila makan sorang-sorang, teringat pada anak anak buah yang lapan tu. Abang memang suka sangat makan masak pedas. Memang dia akan menambah dua,tiga kali. Sayu rasa hati bila tenguk kari tu dah masak. Masa berlalu terlalu pantas. Dulu aku yang menyuap makan, mendodoi masa dia nak tidor dan melayan segala kerenahnya. Sekarang dia sudah mulai menapak sendiri menentukan haluan hidupnya.
Aku kadang kadang sedih bila mengingatkan semakin dewasa anak-anak, mereka semakin cuba hendak menjauhkan diri. Rasanya tidak pernah mereka di halang tanpa sebab, tidak pernah mereka di tegur jika tidak melakukan kesilapan tapi mereka seolah-olah mahu pergi jauh dan meninggalkan kami di sini sendirian.
Ada masa mereka menjadi terlalu perahsia. Kenapa? Salahkah jika kami orang tua mereka mahu mengetahui rahsia mereka demi menjaga keselamatan mereka?
Seingat aku, semasa usia remaja, setiap langkah dan perbuatanku akan ku maklumkan pada mak dan abah. Kemana juga hala tujuku, mereka orang pertama aku maklumkan supaya jika terjadi sesuatu, mereka sudah maklum di mana aku berada.
Anak-anak ku, kami tidak pernah mahu menyekat kebebasan kelian. Kami menjaga kamu ibarat bermain layang2. Kami biarkan kamu terbang bebas tapi dalam masa yang sama, kami sentiasa memastikan supaya kamu tidak tersasar jauh dari landasan sebenarnya.
Biar kamu sudah semakin dewasa, ingatlah ibubapa tetap perlu di hormati dan jangan sekali2 bersikap tidak jujur kepada mereka. Teguran mereka bukan ke jalan keburukan tapi untuk kebaikan mu juga. Berbincang lah jika ada kesulitan baik dari segi pelajaran atau peribadi.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment