Tuesday, August 7, 2012

terima kasih ...

Sejak di beri ALLAH SWT ujian kepada hubby, badannya susut. Masa mula2 masuk hospital 70kg, tapi turun menjadi 64kg dalam masa sebulan. Dia hilang selera dan letih tubuh badan. Sebarang makanan langsung tak boleh di makan. Cuma aku tetap memaksa dia memakan oats dan susu/horlick atau milo.
26/7/2012, aku seperti biasa ada monthly check di Pusat Kesihatan Kulai. Memang jenuh lah menunggu tambah pulak puasa. Setelah buat ujian urine, amik darah dan pemereksaan doktor, jam dah pukul 12.45tgh. Doktor dah pesan supaya berhati2 sebab gula aku semasa di cek cuma 3.7 jer. Masa nak balik dapat call dari Nariah bagitau dia nak balik malam ni. Alamak, camana ni ek, detik hati sb memang sejak mula puasa aku tak memasak sebab hubby tak da selera makan jadi aku makan apa yang ada jer. Walaupun dia pesan jangan susah2 tapi tak sedap ati juga kesian kat budak2 yang 9 orang tu. Sampai umah aku jadi lipas kudung buat mana yang sempat. Aku masak nasi dan masak merah ayam. Alhamdullilah selesai.
Jam 9 lebih Nariah dan keluarga sampai. Cuma Anas, Nadiah dan Said jer yang tak ikut. Macam biasa Nuha, Mamat,Najwa dan Nayli amik cuti sekolah sendiri. Saat ini aku perasan perubahan pada hubby. Dia jadi ceria bila di kelilingi oleh cucu2nya. Dia makan buah2an yang di bawak Nariah dengan begitu berselera sekali. Walaupun sebelum ni dia makan tapi banyak buang dari makan. Alhamdullilah, yakinlah aku sebenarnya dia rindu dengan cucu2nya. Masing2 bertanya kenapa atuk kurus, kenapa atuk itu dan ini.
Siapalah yang tahu apa di dalam hatinya.Rindu dan sepinya di simpan di dalam hati. Melihat wajah cucu dan melayan kerenah mereka memberikan dia tenaga yang amat sangat.
Tiada ucapan dan kata2 indah yang mampu aku nyatakan melainkan TERIMA KASIH pada mereka. Kehadiran mereka telah menjadikan hubby semakin sihat dan ceria. Terima kasih juga kerana sudi menukar plan sebab sepatutnya pagi jumaat tu mereka bertolak balik ke Bangi tetapi Amat menukar plan balik selepas buka puasa.
Sekali lagi, terima kasih semua..

Monday, August 6, 2012

Ujian ALLAH S.W.T..

Selama hampir 8 tahun aku berumahtangga, belum penah sekali pun hubby jatuh sakit. Kalau ada pun sakit dia yang biasa jer yakni susah tidor. Tapi pada 15/6/2012, ALLAH memberi ujian kepada dia dan diriku sendiri bila dia mula sakit perut yang berterusan hingga akhirnya terpaksa di bawa ke hospital. Bukan lah niat nak ke Johore Specialist Jln Abd Samad tu tapi di sebabkan bila pergi ke Hospital Kulai (17/6/12)setelah datang dari jam 9 malam hingga 5 pagi,Doktor kata tak da sakit apa2. Mungkin angin dan di benarkan balik umah. Pagi Ahad,18/6/12 dia mula sakit balik dan bila petang sakitnya makin teruk dan akhirnya bawak ke Johore Specialist Hospital. Biasalah bila dah pegi situ memang cepat action dia. Lepas cek dan x ray, Doktor bagitau ada batu karang di dua2 saluran kencing dan yang sebelah kiri agak teruk sebab saluran dah tersumbat. Apalagi, mulailah aku berumahtangga di hospital.
Gini ler rupanya orang sakit. Selalu memang dia x pernah duduk diam kat rumah, ada jer yang di buatnya tapi ni lah kali pertama dia terbaring lama.
Ni baru lepas sarapan dan makan ubat.
Ni dah segar sikit. Setelah seminggu duk sini, dia dibenarkan keluar pada 23/6/2012 dan followup masih di teruskan sebab batu karang belum dapat di keluarkan. InsyaALLAH 11/8 ni akan pegi sekali lagi untuk ctscan melihat kedudukan batu tersebut. Aku mohon agar ALLAH SWT memberiku kesihatan yang baik dan kekuatan mental dan pisikal untuk menjaganya selama masih belum sembuh ini. InsyaALLAH.

kisah di bulan Mei...

Mei /2012 28/5/12 dapat call dari Shidah.Dia tanya pasal Idah Hamdan.Aku memang tak tau apa2 masa dia tanya pasal eksiden tu. Cuma aku memang agak Hamdan sekeluarga balik kampung di Muar. Untuk kepastian, aku telepon Hamdan dan memang betul mereka eksiden di depan Kolej Komuniti Tangkak on the way nak gi Segamat. Aku bagitau hubby dan kami terus bertolak ke Muar tengahari tu juga. Yang terlibat dalam eksiden tu ialah Idah, mak dia dan Intan, adik Idah. Hamdan cuma luka di dada dan Tasha tak mengalami apa2 kecederaan. Idah dan mak dia patah kaki tangan kecuali Intan retak jari kaki tapi patah tangan juga. Lebih kesian, Intan sedang mengandung anak sulung dan due lagi sebulan dari tarikh kejadian.Apapun alhamdulillah, semuanya selamat di bawa ke hospital dan diberi rawatan. Intan terus di bawa ke bilik operation untuk menyelamatkan keduanya ibu dan baby. Petang tu aku dan hubby terus ke Hospital Muar selepas balik dari menjenguk Hamdan di Bakri(umah mak Idah). Kebetulan Nariah dan Amat pun datang menziarah petang tu. 29/5/12 - Aku dan hubby bertolak balik ke Senai. Nak jadikan cerita kereta hubby leh rosak lak selepas turun dari Tol Senai Utara.. hehe apo nak di kato..
hehe sian JDY..
JDY merasa naik lori..
hehe bye bye nak masuk bengkel dah...