Sunday, June 20, 2010

Selamat Hari Bapa, abah...



Apa yang perlu ku tulis mengenai abah? Sebenarnya terlalu banyak. Abah yang satu ketika dulu amat berdikari kini sudah semakin di mamah usia dan uzur. Semalam aku terpaksa menangguhkan solat maghrib ku kerana keuzurannya. Mula tu dah masuk bilik air, dengar dia batuk berulang kali. Aku keluar semula dan menyapu segala macam minyak. Minyak angin, minyak rusa, minyak rimau. Dah macam2 bau minyak. Kemudian aku kembali ke bilik air semula, dengar dia batuk lagi. Lebih keras dari sebelumnya. Aku keluar lagi dan sapu pulak ubat batuk terapi yang Seman bagi dia. Agaknya selepas meneguk sedikit air, batuk reda dan solat ku semalam dah hampir jam 8.
Abah, aku tahu aku tidak mampu menjagamu sebaik baiknya. Namun aku sentiasa memohon pada ALLAH SWT agar memberikan aku kesabaran dan ketabahan untuk terus menjaganya walaupun kadang2 aku terpaksa berselisih pendapat dengannya.
Abah, hanya ku mohon, ampunkan dosa2 dan ketelanjuran kata-kata dan perbuatan selama aku menjagamu. Aku hanya manusia biasa yang tidak pernah lari dari melakukan kesilapan. Maafkan aku ...

No comments:

Post a Comment