Thursday, September 20, 2012

tabahkan hati sahabat ku...

akhirnya setelah hampir sebulan juga aku berfikir dan berfikir,hari ini semuanya telah aku rungkaikan. maaf sebab aku terpaksa mungkir janji. bukan aku sengaja tapi mereka akan lebih marah jika terlewat mengetahui hal yang sebenarnya. padamu sahabat ku, tabahkan hati dan percayalah kami akan selalu bersama mu di waktu suka dan duka mu. Mungkin kami tidak punya wang ringgit yang banyak untuk di hulurkan pada mu tapi izinkan kami berkongsi sedikit segala rasa suka duka, sakit dan pilu mu. Usah lah kau berdiam diri memendam sendiri. InsyaALLAH akan kami rasai apa yang kau deritai. andai kau memerlukan bahu untuk di sandarkan saat rasa duka menerpa, ketahuilah kami sentiasa ada walaupun hakikatnya kita di pisahkan oleh jarak..

Monday, September 17, 2012

Pergi tak kembali...

Sebenarnya ada banyak lagi kisah lain yang ingin aku kongsikan sepanjang bulan Julai,Ogos dan September tapi hari ini aku mengambil keputusan memaparkan dahulu kisah pilu hati ku ini. Hampir enam tahun aku mengenali dia. Sejak aruah abah tak sihat dan aku mulai mengambil alih urusan abah, saat itu aku kenalinya walaupun sebenarnya sudah bertahun tahun dia ada di depan mata tapi kami saling tidak sempat untuk berkenal. Sekadar mengangkat tangan tanda bertanya kabar. Dia merupakan isteri kepada ketua blok di tempat aku. Sejak berurusan dengannya, kami menjadi rapat. Kami saling bertalifon bertanya hal2 kebun aruah abah dan hal-hal lain yang berkaitan dengan ladang. Kali terakhir aku berjumpanya sebelum hari raya tahun ni. Sehari sebelum itu dia memaklumkan gaji dah keluar jadi seperti biasa dia harap aku dapat datang awal sebab dia tak berani nak simpan gaji aruah lama2. Bimbang berlaku sesuatu tak di ingini di rumahnya. Aku memberikan dia sepasang kain batik sebagai hadiah hari raya dan seperti biasa aku memberinya duit saguhati kerana bantuannya menguruskan hal gaji. Hari tu aku bagi dia RM100. Dia marah sebab katanya tiap bulan aku bagi dia duit dan kali ni banyak sangat. Aku cakap "tu duit raya untuk akak. Mana tau lepas ni, hasil tuaian sawit yang semakin merosot dan aku tak dpt bagi dia saguhati lagi". Tapi aku terkejut bila dia kata " entah la ila. Akak tak tau la berapa lama lagi akak ni. Kaki ni dah sakit balik". Ujarnya sambil menunjukkan ibujari kakinya yang mulai hitam kerana tercucuk sesuatu. ( aku x berapa ingat apa yang di pijaknya) Aku suruh dia ke hospital sebab aku memang tahu di penghidap kencing manis. Dia kata tunggulah dulu, bulan puasa ni sibuk. Selepas bersalaman dan memohon maaf darinya aku balik ke Senai. Lantaran aku sendiri sibuk menguruskan suami yang akan membuat operation pada 28/8/12, niat aku untuk menalifonnya bertanya kabar seringkali tertangguh. Selepas beberapa hari di JSH Jln Abd Samad, suami di benarkan balik. Tapi tiga hari selepas itu, sekali lagi aku menghantarnya ke JSH kerana aku merasakan dia terkena strok. Memang benar, setelah di buat MRI, doktor sahkan dia terkena "Mild Strok". Seminggu aku berkampung semula di JSH. Sepanjang ari di sana hati ku asik teringatkan kak Yah tapi ada saja perkara yang menghalang aku menalifonnya. Malam tadi dalam pukul 11.42, Mis telefon tapi di sebabkan hp aku vibratekan, pukul 4 pagi baru aku perasan ada miss call. Saat ini tiba2 aku teringatkan dia. Namun aku segera menafikan sendiri perasaanku sehingga lah Mis telefon semula pada jam 6 pagi. Innalillah... dia pergi buat selamanya malam tadi tanpa sempat aku merisik kabar terakhir darinya.. Segala macam rasa ada di hati ku. Kesal, sesal dan ralat kerana kononnya terlalu sibuk hingga aku gagal menalifonnya. Maafkan aku.. AL FATIHAH buat Aruah Kak Yah. Moga akak di kumpulkan bersama para solehah.