Saturday, June 1, 2013

masa ...

sememangnya aku yang alpa atau cuai, aku tetap tidak menyalahkan sesiapa. aku selalu begitu. masih sibuk ber"kalau-kalau" sedangkan masa berlari laju meninggalkan aku terperosok kesaorangan. aku meninggalkan januari,februari,mac,april dan mei. aku gagal mengucapkan selamat hari lahir pada buah2 hatiku, aku biarkan catatan memori yang ku alami hari ke hari terkulai kekeringan tanpa simbahan ayat2 untuk memastikan ia subur dan mekar di sudut hati. bukan aku sengaja tetapi sebenarnya aku sudah terlalu lelah dan ke"capek"an saban waktu menghitung hari untuk memastikan setiap apa yang berlaku "baik2" dan "eluk2" sahaja sedangkan sebenarnya buah hati pengarang jantung ku itu sudah tidak lagi memerlukan aku dalam hidup mereka. tak mengapa. aku cuma mampu mendoakan agar mereka terus d berkati, d rahmati dan d pelihara ALLAH SWT selamanya. bila aku mengeluarkan pernyataan ini, bermakna, aku sudah meletakkan nokhtah pada segalanya. maafkan aku..

Sunday, January 20, 2013

Luka Dilukai ...

kadang2 penat melayan kerenah manusia. ada masa penat lelah tak di hargai, jasa dan budi tidak di ambil peduli. bukan niat untuk mengungkit tapi salahkah memberi sedikit penghargaan walaupun dengan hanya ucapan "terima kasih"?. rasanya tidak pernah aku meminta emas permata apa lagi meminta perkara yang di luar jangkauan tapi semakin lama,kehadiran diri semakin menipis di matanya,mungkin juga di akal fikirannya dan tidak mustahil juga di hatinya...

Friday, January 11, 2013

terima kasih YA RABBI..

aku ingin mengucapkan syukor dan terima kasih YA ALLAH kerana menunaikan apa yang ku inginkan dan doakan. Terima kasih Ya Rabbi.. Sesungguhnya ENGKAU maha pengasih, maha penyayang, maha pengampun setiap dosa2 ku dan tidak pernah mengeciwakan harapan, permintaan dan impian ku. ampuni aku YA ALLAH. sesungguhnya aku hanya lah insan yang tidak pernah lari dari membuat kesilapan dan selalu lalai dengan amanah MU...

cerita di penghujung disember - I

Sebenarnya hubby ada menyuarakan plan nak pegi jalan ke Lumut,Perak. Jangkanya awal Januari 2013 kami nak pegi. Tapi macam biasa, kita hanya perancang tapi DIA yang menentukan segalanya. Ami telepon bagitau Kak Ken jemput kami semua ke rumahnya di Manjung kerana walimatulurus dua orang anaknya Wawa dan Shafiq. Keluarga belah mak semua di Ipoh sebab mak memang orang sana. Jadi dah terlanjur gitu, kami tukar plan, undurkan tarikh dari 7/1/13 ke 20/12/12.
ni ler tiket bas express MAJU dari Lumut ke JB,pergi balik. Tambang sorang RM55.90
ni lah bas yang cukup mesra alam. driver dia memang ok. sopan santun dan tak drive gila2. slow n steady jer.
hehe ni orang yang paling excited nak naik bas. ni lima minit pertama dalam bas. ok lagi la.. bas bertolak pukul 945pagi dan sampainya....selepas abeh lenguh seluruh badan dia parkin kat Ternimal Bas Lumut kul 8+malam. Jenuh duk dalam bas.
aku pegi saing ngan Long. Dia amik bas dari kluang ke JB dan pastu ikut sesama kami. citer sambung next part yer...

Wednesday, January 9, 2013

se pagi di sepital...

Ari ni nak citer pasal pegi hospital Sultanah Aminah,Johor Bahru. Hubby kena amik darah dan kami kuar rumah pukul 645pagi. Keadaan trafik nampaknya berjalan lancar kecuali kat jalan area Tampoi ada keta mencium "signboard" yang besor giler. Mujur pemandu2 keta pagi ni gamaknya tak minat nak tenguk jadi jalan tak jem.
Sampai dalam lebih kurang 715 pagi, kawasan parking kat sepital tu dah penuh gila. Aku memang la tak pelik tapi cuma aku heran sapa ler gamaknya yang sesubuh dah datang sepital tu ek. Nak kata keta kakitangan, depa ada tempat parkir sendiri. Lepas pusing dua,tiga kali dapat ler tempat parkir. Tu nomor yang aku dapat dan masa tu baru pukul 721 pagi. Aku pegi ke kaunter 6 dan bagitau pesakit ni wargaemas umor 78 dan pakai kusiroda. Misi tu cakap "nanti makcik pegi kaunter 11 bagi tau lagi sekali". Bila kaunter 11 buka, aku pegi bagitau hal yang sama dan gamaknya kerani kaunter tu kot cakap " warga emas di hospital yang berumur 80thn sahaja." Aku cakap dia pakai wheelchair. Kerani tu kata ok. Entah apa yg ok aku tak tau. (soalan yg aku betul2 nak tau jawapan: warga emas ni sebenornya yg umor berapa?) Sementara nunggu dengan perut yang lapor, aku terbaca statement kat dinding pintu B tu. Kata nya keutamaan di beri kepada warga emas umor 80, berkerusi roda dan kurang upaya. So senang sikit ati tapi rupa2nya hampeh. Samaada emas ker suasa ker, duduk ler nunggu kat luar tu sampai nomor naik. Dah ler bilik tu kecik, orang lak penuh, apa salahnya buat kaunter khas utk warga emas, oku dan org berkusi roda. (Bukan komplen tapi dah jemu ngan kata2 manis org KEMENTERIAN KESIHATAN) Dah siap amik 7 tiub darah, aku g antar ke makmal pulak. On d way tu, singgah la toilet, lagi sekali geram ngan sakit ati, camana kat sepital leh tak da air? Depa tak da tangki air ker? Ni sama le ngan sepital Kulai. Gamaknya depa nak suruh pakai ketas jer kot.
Pas antar hubby kat keta, aku g melawat jiran yang eksiden kejap. Bila aku turun semua ke parkir, cantik jer berderet keta duk kat belakang keta2 di tempat parkir yang di sahkan. Tuan punyer ketanya mungkin kat dalam sepital. Camana gaya nak kuar? Aku g panggil budak sekuriti tu dan mtk tolong dia usahakan. Bila tuan punya keta datang, dah lah tak reti cakap "maaf" muka macam x bersalah jer. Gamaknya kempen BUDI BAHASA BUDAYA KITA tu tak menjadi ek..(lain kali aku nak langgar jer sapa yang blok keta aku.. boleh gitu?) Kesimpulannya, kalau pegi hospital gomen ni, kita mesti ada sifat SABAR yang TEBAL.Maklumlah orang tak ber"uang"...

Sunday, January 6, 2013

selamat hari lahir mak..

sebenarnya aku telah cuba untuk menulis dari semalam tapi setiap kali jejari di tarikan di keyboard ini, air mata tidak segan silu menemani aku. terlalu banyak pembohongan terpaksa ku katakan bagi mengelak suami berprasangka. ari ini, aku tekad untuk terus menulis walaupun tetamu tanpa di undang itu masih tidak ragu2 menghadirkan dirinya. cuma kebetulan suami masih berkebun di luar rumah. semalam hari jadi mak yang ke 79. tarikh 5/1 tetap aku ingati selagi hayat di kandung badan walaupun selepas dia menukar kad pengenalannya tarikh lahir beliau berubah menjadi sama dengan aruah abah. biasalah kesilapan manusia.. walaupun mak telah 12 tahun meninggalkan aku, segala kasih sayang mak tidak pernah ada galang gantinya. setiap detik masa yang berlalu ingatan dan rindu kepadanya tidak pernah kurang. ada ketika aku menjadi terlalu rindu untuk memeluk tubuh gempalnya, mencari uban yang memutih di kepalanya atau paling tidak bertikam lidah dengan nya. ada waktu2nya aku menangis sendiri kerana tidak lagi mendengar nasihat,leteran atau omelan darinya. saat paling pedih adalah bila lidah terasa2 kelazatan bubur nasi airtangannya yang menjadi ubat saat kesakitan melanda.namun yang lebih sedih adalah tiada lagi doa dari seorang ibu untuk ku. mak,doaku agar mak di tempatkan bersama para solehah. in shaa ALLAH selagi DIA memberi kan aku peluang bernafas dengan udaranya, aku tidak akan pernah lupa mendoakan yg terbaik untuk mak dan abah. In shaa ALLAH.. Al fatihah.