Monday, May 17, 2010

Semalam berlalu, hari ini di hadapi...


Semalam aku lewat pegi ziarah. Sampai jer jenazah dah di kebumikan. Apapun aku tidak merasa ralat sebab aku dah jumpa Almarhumah semasa beliau di Hospital Kulai. Sepi rasanya bila datang ke rumah itu tanpa sapaan dan senda guraunya nya. Semasa aruahnya ada, dia akan duduk di beranda rumah dan menyapa sesiapa saja yang lalu di hadapan rumah. Itulah yang akan menjadi kenangan pada kami. Almarhumah dari golongan yang peramah dan berkawan tanpa mengira status.
Kadang-kadang aku selalu terfikir, kalaulah aku mampu mengubah putaran dunia, aku pasti ingin kembali kepada keindahan dan keceriaan semasa zaman remaja di rumah ku itu. Berjalan ke sekolah ugama, menunggu bas ke sekolah menengah sambil menghirup air batu sirap di tambah dengan air jeruk.
Tapi ini lah putaran hidup yang hakiki. Dari bayi, menjengah ke zaman kanak2, melangkah ke usia remaja, berkerja dan kini aku seorang suri rumah sepenuh masa. Selalu aku merungut, penat kena buat kerja rumah dan memasak. Tapi sesungguhnya setiap kali itu juga aku berdoa agar aku ikhlas dalam setiap yang ku lakukan. Aku tahu, masih ada ramai orang di luar sana yang mengalami kepayahan yang lebih teruk dari ku.
Begitulah, semalam telah berlalu, hari ini di hadapi dan esuk segala kemungkinan akan berlaku tanpa kita duga.. Diri, bersyukurlah..

No comments:

Post a Comment