Blog ini akan bercerita tentang hati ku sendiri. Apa ada dalam hati kadang kadang tidak dapat terluahkan dengan perkataan kerana bimbang ada hati lain yang terluka. Moga apa yang di luahkan melalui penulisan akan membantu meringankan segala beban perasaan.
Saturday, May 15, 2010
Al fatihah..
Sepatutnya petang sabtu ni, aku akan menghadap tv8 untuk tenguk citer Taiwan. Tapi ari ni, setelah mendapat kabar dari Yus memberitau Mak Som meninggal,mood aku terus hilang. Aku hanya mampu mengimbau kisah-kisah lalu antara keluarga Mak Som dan keluarga kami.
Bila abah tamat perkhidmatan TUDM, kami berpindah ke FELDA. Bukan nak berlagak atau cakap sombong, tapi ini adalah hakikat. Kami adik beradik tak pernah hidup susah. Selama abah kerja, kami tinggal di kuarters. Api dalam kaco, air dalam bosi, kata orang nogori.
Bila kami sampai di FELDA,ia tak ada apa2. Air di tepi jalan, elektrik memang tak ada. Kami adik beradik menangis nak balik ke umah di K.L. Saat itu lah kami sekeluarga mengenali Mak Som dan aruah Pakcik Keman. Dia lah yang menolong mak dan abah angkat air, pasangkan lampu gasolin dan memujuk kami adik beradik.
Keluarga kami menjadi akrab sejak itu dan aruah memang "best friend" aruah mak ku.
Sampai hari ini, aku masih ingat keharumah nasi lemak, kelembutan kueh sambal dan seri muka Mak Som. Itu telah menjadi sebahagian darah daging ku. Dulu jam 530 pagi, aku akan ke rumahnya dan membeli makanan tersebut sebagai bekalan untuk di bawa ke kilang tempat aku berkerja.
Mak Som dan aruah pakcik memang orang yang murah hati. Kerana itu mereka murah rezeki dan mampu membesarkan anak-anaknya seramai 10orang(aku pun dah lupa bilangannya)dengan hasil berniaga tersebut.
Kalau bulan puasa, aku memang tunggu2. Kami akan bertukar2 juadah dan tentunya juadah Mak Som yang aku tunggu. Sehingga kini aku akan mencari Bubur Candil kerana aruah yang mengajar aku memakan bubur itu.
Bila nak raya, Mak Som, Uda, Yus dan kakak sulong ku akan beramai2 membuat kueh buah rotan, mini popiah dan dua tiga jenis lagi kueh.
Aku tau saat itu tidak mungkin berulang tapi, setiap memori lalu telah ku letakkan di sudut hati ku yang paling dalam agar ia tidak luput hingga akhir hayat ku.
Buat Abg Long, ngah, uda,uteh, andak,alang, anjang, yus, ucu dan iwan,takziah dari ku dan keluarga. Biar lah Mak Som tenang di tempatnya dan di letakkan bersama golongan para solehah.
Bagi pihak keluarga, terima kasih kerana menerima kami sebagai keluargamu. Biar pun orang yang kita sayangi telah meninggalkan kita, ku harapkan hubungan antara kita tetap kekal hingga ke akhir hayat kita.
ALfatihah buat Almarhumah Bonda Thum bt Darim..
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment