Sunday, December 16, 2012

dari sudut hati...

ini adalah perasaan yang lahir dari sudut hatiku yang paling dalam...
aku tidak pasti bila langkah ini akan menemui nokhtahnya tapi aku amat berharap sebelum ia tiba di penghujung perjalanan aku mampu membahagiakan sedikit insan yang aku sayang.
bila usia semakin meningkat, hati menjadi begitu rapuh dan amat mudah terasa. barangkali itulah yang pernah di rasai oleh aruah mak dulu. betul katanya, mungkin sebab aku tidak mempunyai anak jadi aku lambat memahami apa yang dirasainya.
kini walaupun tidak mempunyai cahayamata sendiri tetapi naluri seorang ibu sering hadir di dalam diriku terutama bila mengingati anak2 saudaraku. kadang2 terasa mereka sudah semakin jauh dari ku. barangkali kerana tuntutan masa dan kesibukan mengejar cita2 dan berkerja menjadikan aku kehilangan gurau senda dan hilai tawa mereka. kalaulah mereka dapat merasakan apa yang aku rasa sekarang...
aku ingin mereka menjadi seperti mereka 20 tahun lalu, boleh di ajak bergurau, berceloteh dan ada ketika bergaduh dengan ku. tapi itulah putaran hidup. aku harus menerima segalanya..
alangkah indahnya jika mereka menjadi begini selamanya.. satu harapan yang tidak munasabah samasekali.. aju,syafiq,apiz,ain, ina,esha,naim, adik yam dan sara - akan tercapaikan igauan ini sebelum aku pergi selamanya menutup mata?

Tuesday, November 6, 2012

akan ku nanti saat itu ...

Teman, semalaman aku gagal melelapkan mata mengenangkan mu. Terlalu payah menerima kenyataan walaupun hakikatnya itu adalah pasti. Doa ku agar pelangi akan menyambut mu bila tiba saat itu nanti. Aku menanti kehadiran mu teman.. Insyaallah (25062013)

Monday, November 5, 2012

tabahlah teman ku...

teman ku, bagai terlerai jantung dari tangkainya mendengar kabar itu. Perlukah aku menjadi seperti bangau yang tercari2 atas kesilapan siapa hal ini terjadi padamu? Sungguh aku tidak menyangka kehilangan mu selama ini akibat dari hal yang tidak pernah ku duga samasekali. teman ku, aku hanya mampu menitip kabar di angin lalu, doaku kau tabah dan bersabarlah. ingatlah apa pun terjadi, andai kau memerlukan bahu ku untuk di sandarkan, aku selalu ada, insyaallah. Yakinlah teman, biar saat ini kau merasa pedih dan hati terluka kerana "dia",ALLAH SWT sentiasa ada di sisi mu untuk mendengar segala keluh kesahmu. Gunakanlah waktu ini untuk bermuhasabah diri dan serahkan segalanya pada NYA. Teman, aku menanti kepulangan mu yang au sendiri tidak pernah pasti bila masa itu akan bertandang..

Thursday, September 20, 2012

tabahkan hati sahabat ku...

akhirnya setelah hampir sebulan juga aku berfikir dan berfikir,hari ini semuanya telah aku rungkaikan. maaf sebab aku terpaksa mungkir janji. bukan aku sengaja tapi mereka akan lebih marah jika terlewat mengetahui hal yang sebenarnya. padamu sahabat ku, tabahkan hati dan percayalah kami akan selalu bersama mu di waktu suka dan duka mu. Mungkin kami tidak punya wang ringgit yang banyak untuk di hulurkan pada mu tapi izinkan kami berkongsi sedikit segala rasa suka duka, sakit dan pilu mu. Usah lah kau berdiam diri memendam sendiri. InsyaALLAH akan kami rasai apa yang kau deritai. andai kau memerlukan bahu untuk di sandarkan saat rasa duka menerpa, ketahuilah kami sentiasa ada walaupun hakikatnya kita di pisahkan oleh jarak..

Monday, September 17, 2012

Pergi tak kembali...

Sebenarnya ada banyak lagi kisah lain yang ingin aku kongsikan sepanjang bulan Julai,Ogos dan September tapi hari ini aku mengambil keputusan memaparkan dahulu kisah pilu hati ku ini. Hampir enam tahun aku mengenali dia. Sejak aruah abah tak sihat dan aku mulai mengambil alih urusan abah, saat itu aku kenalinya walaupun sebenarnya sudah bertahun tahun dia ada di depan mata tapi kami saling tidak sempat untuk berkenal. Sekadar mengangkat tangan tanda bertanya kabar. Dia merupakan isteri kepada ketua blok di tempat aku. Sejak berurusan dengannya, kami menjadi rapat. Kami saling bertalifon bertanya hal2 kebun aruah abah dan hal-hal lain yang berkaitan dengan ladang. Kali terakhir aku berjumpanya sebelum hari raya tahun ni. Sehari sebelum itu dia memaklumkan gaji dah keluar jadi seperti biasa dia harap aku dapat datang awal sebab dia tak berani nak simpan gaji aruah lama2. Bimbang berlaku sesuatu tak di ingini di rumahnya. Aku memberikan dia sepasang kain batik sebagai hadiah hari raya dan seperti biasa aku memberinya duit saguhati kerana bantuannya menguruskan hal gaji. Hari tu aku bagi dia RM100. Dia marah sebab katanya tiap bulan aku bagi dia duit dan kali ni banyak sangat. Aku cakap "tu duit raya untuk akak. Mana tau lepas ni, hasil tuaian sawit yang semakin merosot dan aku tak dpt bagi dia saguhati lagi". Tapi aku terkejut bila dia kata " entah la ila. Akak tak tau la berapa lama lagi akak ni. Kaki ni dah sakit balik". Ujarnya sambil menunjukkan ibujari kakinya yang mulai hitam kerana tercucuk sesuatu. ( aku x berapa ingat apa yang di pijaknya) Aku suruh dia ke hospital sebab aku memang tahu di penghidap kencing manis. Dia kata tunggulah dulu, bulan puasa ni sibuk. Selepas bersalaman dan memohon maaf darinya aku balik ke Senai. Lantaran aku sendiri sibuk menguruskan suami yang akan membuat operation pada 28/8/12, niat aku untuk menalifonnya bertanya kabar seringkali tertangguh. Selepas beberapa hari di JSH Jln Abd Samad, suami di benarkan balik. Tapi tiga hari selepas itu, sekali lagi aku menghantarnya ke JSH kerana aku merasakan dia terkena strok. Memang benar, setelah di buat MRI, doktor sahkan dia terkena "Mild Strok". Seminggu aku berkampung semula di JSH. Sepanjang ari di sana hati ku asik teringatkan kak Yah tapi ada saja perkara yang menghalang aku menalifonnya. Malam tadi dalam pukul 11.42, Mis telefon tapi di sebabkan hp aku vibratekan, pukul 4 pagi baru aku perasan ada miss call. Saat ini tiba2 aku teringatkan dia. Namun aku segera menafikan sendiri perasaanku sehingga lah Mis telefon semula pada jam 6 pagi. Innalillah... dia pergi buat selamanya malam tadi tanpa sempat aku merisik kabar terakhir darinya.. Segala macam rasa ada di hati ku. Kesal, sesal dan ralat kerana kononnya terlalu sibuk hingga aku gagal menalifonnya. Maafkan aku.. AL FATIHAH buat Aruah Kak Yah. Moga akak di kumpulkan bersama para solehah.

Tuesday, August 7, 2012

terima kasih ...

Sejak di beri ALLAH SWT ujian kepada hubby, badannya susut. Masa mula2 masuk hospital 70kg, tapi turun menjadi 64kg dalam masa sebulan. Dia hilang selera dan letih tubuh badan. Sebarang makanan langsung tak boleh di makan. Cuma aku tetap memaksa dia memakan oats dan susu/horlick atau milo.
26/7/2012, aku seperti biasa ada monthly check di Pusat Kesihatan Kulai. Memang jenuh lah menunggu tambah pulak puasa. Setelah buat ujian urine, amik darah dan pemereksaan doktor, jam dah pukul 12.45tgh. Doktor dah pesan supaya berhati2 sebab gula aku semasa di cek cuma 3.7 jer. Masa nak balik dapat call dari Nariah bagitau dia nak balik malam ni. Alamak, camana ni ek, detik hati sb memang sejak mula puasa aku tak memasak sebab hubby tak da selera makan jadi aku makan apa yang ada jer. Walaupun dia pesan jangan susah2 tapi tak sedap ati juga kesian kat budak2 yang 9 orang tu. Sampai umah aku jadi lipas kudung buat mana yang sempat. Aku masak nasi dan masak merah ayam. Alhamdullilah selesai.
Jam 9 lebih Nariah dan keluarga sampai. Cuma Anas, Nadiah dan Said jer yang tak ikut. Macam biasa Nuha, Mamat,Najwa dan Nayli amik cuti sekolah sendiri. Saat ini aku perasan perubahan pada hubby. Dia jadi ceria bila di kelilingi oleh cucu2nya. Dia makan buah2an yang di bawak Nariah dengan begitu berselera sekali. Walaupun sebelum ni dia makan tapi banyak buang dari makan. Alhamdullilah, yakinlah aku sebenarnya dia rindu dengan cucu2nya. Masing2 bertanya kenapa atuk kurus, kenapa atuk itu dan ini.
Siapalah yang tahu apa di dalam hatinya.Rindu dan sepinya di simpan di dalam hati. Melihat wajah cucu dan melayan kerenah mereka memberikan dia tenaga yang amat sangat.
Tiada ucapan dan kata2 indah yang mampu aku nyatakan melainkan TERIMA KASIH pada mereka. Kehadiran mereka telah menjadikan hubby semakin sihat dan ceria. Terima kasih juga kerana sudi menukar plan sebab sepatutnya pagi jumaat tu mereka bertolak balik ke Bangi tetapi Amat menukar plan balik selepas buka puasa.
Sekali lagi, terima kasih semua..

Monday, August 6, 2012

Ujian ALLAH S.W.T..

Selama hampir 8 tahun aku berumahtangga, belum penah sekali pun hubby jatuh sakit. Kalau ada pun sakit dia yang biasa jer yakni susah tidor. Tapi pada 15/6/2012, ALLAH memberi ujian kepada dia dan diriku sendiri bila dia mula sakit perut yang berterusan hingga akhirnya terpaksa di bawa ke hospital. Bukan lah niat nak ke Johore Specialist Jln Abd Samad tu tapi di sebabkan bila pergi ke Hospital Kulai (17/6/12)setelah datang dari jam 9 malam hingga 5 pagi,Doktor kata tak da sakit apa2. Mungkin angin dan di benarkan balik umah. Pagi Ahad,18/6/12 dia mula sakit balik dan bila petang sakitnya makin teruk dan akhirnya bawak ke Johore Specialist Hospital. Biasalah bila dah pegi situ memang cepat action dia. Lepas cek dan x ray, Doktor bagitau ada batu karang di dua2 saluran kencing dan yang sebelah kiri agak teruk sebab saluran dah tersumbat. Apalagi, mulailah aku berumahtangga di hospital.
Gini ler rupanya orang sakit. Selalu memang dia x pernah duduk diam kat rumah, ada jer yang di buatnya tapi ni lah kali pertama dia terbaring lama.
Ni baru lepas sarapan dan makan ubat.
Ni dah segar sikit. Setelah seminggu duk sini, dia dibenarkan keluar pada 23/6/2012 dan followup masih di teruskan sebab batu karang belum dapat di keluarkan. InsyaALLAH 11/8 ni akan pegi sekali lagi untuk ctscan melihat kedudukan batu tersebut. Aku mohon agar ALLAH SWT memberiku kesihatan yang baik dan kekuatan mental dan pisikal untuk menjaganya selama masih belum sembuh ini. InsyaALLAH.

kisah di bulan Mei...

Mei /2012 28/5/12 dapat call dari Shidah.Dia tanya pasal Idah Hamdan.Aku memang tak tau apa2 masa dia tanya pasal eksiden tu. Cuma aku memang agak Hamdan sekeluarga balik kampung di Muar. Untuk kepastian, aku telepon Hamdan dan memang betul mereka eksiden di depan Kolej Komuniti Tangkak on the way nak gi Segamat. Aku bagitau hubby dan kami terus bertolak ke Muar tengahari tu juga. Yang terlibat dalam eksiden tu ialah Idah, mak dia dan Intan, adik Idah. Hamdan cuma luka di dada dan Tasha tak mengalami apa2 kecederaan. Idah dan mak dia patah kaki tangan kecuali Intan retak jari kaki tapi patah tangan juga. Lebih kesian, Intan sedang mengandung anak sulung dan due lagi sebulan dari tarikh kejadian.Apapun alhamdulillah, semuanya selamat di bawa ke hospital dan diberi rawatan. Intan terus di bawa ke bilik operation untuk menyelamatkan keduanya ibu dan baby. Petang tu aku dan hubby terus ke Hospital Muar selepas balik dari menjenguk Hamdan di Bakri(umah mak Idah). Kebetulan Nariah dan Amat pun datang menziarah petang tu. 29/5/12 - Aku dan hubby bertolak balik ke Senai. Nak jadikan cerita kereta hubby leh rosak lak selepas turun dari Tol Senai Utara.. hehe apo nak di kato..
hehe sian JDY..
JDY merasa naik lori..
hehe bye bye nak masuk bengkel dah...

Thursday, July 12, 2012

Majlis Perkahwinan di Bdr Putra Kulaijaya.

13hb Mei 2012, Ani(anak sedara P.aji) dan suaminya Ali menjemput aku sekeluarga ke majlis perkahwinan anak sulung nya di Villa Bandar Putra Kulai Jaya. Memang kebetulan Nariah dan keluarga balik ke Senai,jadi kami pegi beramai-ramai dengan Hamdan sekeluarga dan Farouq sekeluarga. Memang payah nak mengumpulkan mereka semua sekali gus. Maklumlah bila hari raya, Hamdan dan Nariah bergilir2 balik beraya ke senai. Bila dah ramai, macam macam gaya ler yang ada.

Friday, May 11, 2012

Alfatihah untuk abah. Tahun datang dan pergi, rindu dan sayang tetap mekar di hati..

Untukmu Ibu ku tersayang...

Sebenarnya sejak mak pergi buat selamanya sebelas tahun lalu, aku terus menlupakan hari ibu. Malah jika saat aku mendengar radio ada lagu atau ucapan mengenai hari ibu, aku dengan pantas menukar siaran. Ada pilu dan duka yang amat dalam setiap kali hari itu di raikan. Mak tak pernah melupakan hari hari istimewa anak2 dan suaminya. Malah setiap kali hari jadi kami atau abah, mak akan masak yang lazat2 dan kami akan balik meraikan bersamanya. Selalunya kalau hari ibu kami juga akan meraikanya bersama2.Bukan kami tidak mengingatinya di hari2 lain tapi semua anak2nya punya keluarga dan kerjaya masing2. Aku sendiri akan menaliponnya sebanyak 6 kali setiap hari. Tak hairanlah bil telepon aku selalu tinggi. Ada saja yg akan ku tanya dan kadang kala bergaduh dengannya kerana terlalu kerap aku menalipon dia. Mak bertubuh besar jadi agak sukar untuk bangun dan berjalan mendapatkan telepon. Akhirnya aku belikan extention untuk telepon dan mudah baginya membawa kemana saja dia duduk. Akhirnya selepas mak pergi, setiap kali memandang telepon, aku menangis kerana tiada lagi tempat aku mengadu dan bercerita. Hari ini aku penat yang keterlaluan kerana mengemas rumah dan memasak. Tiba2 aku teingat lagu ini dan menyanyikannya dengan airmata. Aku teringat betapa penatnya mak melayan kami dulu. Betapa tabahnya dia mengharungi kepayahan hidup saat mula2 pindah ke FELDA selepas abah tamat perkhidmatan dengan TUDM. Aku sendiri baru darjah satu saat itu. Sebenarnya apalah sangat kalau dibandingkan kepenatan ku dengan kepenatan mak. Aku akan mengemas bila rasa ingin melakukannya. Begitu juga memasak. Tapi mak melakukan semua kerja rumah sendiri seawal subuh hingga terbenam matahari, dia masih berkerja. Mak, sesungguhnya tiada yang dapat menjadi galang ganti atas setiap pengorbanan yang kau lakukan demi anak2mu. Setiap keringat yang mengalir kerana anak2 tidak mampu dibalas. Moga mak di himpunkan bersama ibu2 lain yang solehah di sana. Mak, sesungguhnya hati ini, kasih ini, sayang ini dan rindu ini tidak pernah pudar dan padam. Al fatihah...

Saturday, April 14, 2012

lahir dari hati...

sesungguhnya luka emosi dan mental itu lebih sakit dan parah dari kecederaan fizikal...

Thursday, March 22, 2012

Selamat Hari Jadi..


Selamat Hari Jadi. Tahun ni cuma buat kek belang. Sebenarnya sementara nak tunggu kot2 ada orang telepon bagitau result SPM. Tapi macam biasa la, yang di tunggu tak juga berdering telepon tu. Aku jadi ler mak kepoh,g sibuk nelipon orang tanya result. MAAF ler jika ada yang x suka dengan "kekepohan" aku tu tapi memang dah terbiasa sebab aku cuma nak tumpang gembira dan sedih jer. Apa pun tahniah pada semua yer.

Semalam 21/3/2012. Selamat hari jadi pada Ana. Yang ke berapa ke? Lupa nak tanya. Moga ALLAH SWT permudahkan segala urusan dunia dan akhirat.

Birthday Ana sama ngan aruah abah. Last year abah beria2 tanya aku kalau nak buat pulut sedekah kat masjid berapa kilo? Ada 10kg? Macam biasa ler aku buat lawak, 10kg bole sedekah satu kampong. Rupanya itulah pulut terakhir untuknya. Abah, walaupun abah dah tak da, doa kami muga abah beroleh ketenangan dan di himpunkan bersama orang2 yang soleh. InsyaALLAH, selagi nafas masih mampu di hela, kami akan mengingati abah selamanya.Alfatihah untuk abah.

Yang ni birthday boy bulan Februari. Apiz, semoga dengan meningkatnya usia,Apiz akan menjadi lebih dewasa dan matang dalam segala aspek. Kehidupan akan menjadi semakin payah kerana tanggungjawab akan semakin bertambah. Usah di abai Tiang Ugama,jangan di lupa jasa ayah bonda dan jadikan AL QURAN dan Sunnah sandaran hidup kita. InsyaALLAH hidup akan lebih sempurna. MOga kekal di dalam rahmat dan lindungan ALLAH SWT selamanya.

Ini birthday boy bulan Januari. DOa uda agar Syafiq di rahmati dan di lindungi ALLAH SWT selamanya. Macam abang Apiz, moga Syafiq juga berjaya di dunia dan akhirat. InsyaALLAH.
Sebenarnya bulan Januari juga adalah hari jadi aruah mak. Tak mungkin aku lupa tarikh lahirnya (5/1) biarpun sudah mencecah 11tahun mak pergi meninggalkan kami. Moga mak juga di tempatkan bersama para solehin. Mak, rindu kami tak pernah padam malah semakin hari ia semakin bertambah mekar di sudut hati.Al Fatihah untuk mak.

Cerita hari semalam...


Alhamdullilah syukor di panjatkan pada ALLAH SWT kerana limpah kurnianya akhirnya lahirlah anak kecil ini. MOHAMMAD KHAIRUL AIMAN BIN SAIFUDDIN. Umminya KHAIRUN NISA SHAH BANI. Lahir pada 11/3/2012 pada jam 11.32malam di Hospital Sultanah Aminah Johor Bahru. Moga kehadiranya menambahkan rahmat dan kebahagiaan pada keluarga ini. Rutin aku sekarang selang se hari pergi tenguk Aiman. Ari ni dah 12 ari umur Aiman dan dah pandai senyum dan mencari suara orang. Moga Aiman menjadi anak yang soleh dan berbakti pada ALLAH SWT dan ibubapa. Muaaaaaah utk Aiman.

3hb Mac 2012, hubby ajak pegi Jason Bay atau Teluk Mahkota. Cuaca dari Senai memang dah gelap tapi dia nak gak pegi jadi ikutkan jer lah. Sepanjang jalan ujan non stop. Akhirnya cuma sampai ke Kuala Sedili jer. Singgah makan tengahari dan balik semula ke Senai. Jason Bay - jumpa lain ari yer...

Dah lupa date bila pegi Mersing ni. Rasa rasa bulan Februari. Hubby nak jumpa kawan dia kat Balai Polis Endau. Pagi bertolak dari Senai dan sampai dalam kul 11 lebih. Memang drive slow jer.

Bermalam di Hotel Seri Malaysia Endau. Bunyi angin cukup la kuat sampai memula tu tak boleh tidor sebab x tau bunyi apa. Last2 baru teringat tu bunyi angin sebab dekat ngan laut kan.

Ni mercu tanda Endau. Masih dalam pembinaan. Yang bestnya pegi sini boleh beli ikan, sotong ngan udang yang teramat la fresh dan harga yg murah. Beli udang putih kalau kat Senai biasanya RM24.00 kat sini baru RM15.00. Pakkallah takut nak makan banyak sebab hubby ada gaut.

Friday, February 24, 2012

Cerita di satu masa,satu ketika dahulu...


Bukan mudah untuk membuat sesuatu keputusan. Tapi aku harus cekal demi kebaikan semua pihak. Alangkah baiknya jika perkara ini bukan terbeban di bahuku... Mengintai rumah sepi ini memang mengharukan hati. Rumah yang satu ketika menjadi tempat aku di besarkan dan berbagai cerita dan kenangan berada di dalamnya.

Di meja inilah tempat kami akan duduk bersembang dan berbagai kisah suka dan duka terhidang di sini. Kini hanya debu dan habuk menghiasinya.

Ruang ini juga sudah sepi dari gelak ketawa anak anak dan cucu cucu..

Aku tidak lagi mengharapkan apa-apa kecuali jika mereka punya waktu, hayatilah bait bait lirik lagu ini kerana inilah cerita kita sekarang. Andai lah dapat kita memutar semula putaran dunia... tapi aku tahu itu tak mungkin terjadi. Hidup mesti di teruskan walau duka masih datang bertandang di hati yang sarat dengan rindu...
Al Fatihah buat Almarhum Abah dan Almarhumah Mak...

Saturday, February 18, 2012

Pertemuan di Januari 2012..

Sebenarnya terlalu banyak yang ingin di tulis dan di ceritakan. Tapi zat "M" yang menebal dalam diri menjadikan proses ini menjadi lembam. Aku sedang berusaha untuk meng"nyah"kan zat "M" ini. InsyaALLAH.
Penantian Januari akhirnya tiba dengan kehadirannya. Terlalu siksa menanti dan akhirnya aku menjadi seorang perindu semula. Terlalu zalimnya pertemuan dan amat kejamnya perpisahan.

Aku dan Sara

Man dan keluarga

Sara dalam mood sopannya..

Sara dengan gaya Lola @ Bella..