Blog ini akan bercerita tentang hati ku sendiri. Apa ada dalam hati kadang kadang tidak dapat terluahkan dengan perkataan kerana bimbang ada hati lain yang terluka. Moga apa yang di luahkan melalui penulisan akan membantu meringankan segala beban perasaan.
Thursday, March 22, 2012
Cerita hari semalam...
Alhamdullilah syukor di panjatkan pada ALLAH SWT kerana limpah kurnianya akhirnya lahirlah anak kecil ini. MOHAMMAD KHAIRUL AIMAN BIN SAIFUDDIN. Umminya KHAIRUN NISA SHAH BANI. Lahir pada 11/3/2012 pada jam 11.32malam di Hospital Sultanah Aminah Johor Bahru. Moga kehadiranya menambahkan rahmat dan kebahagiaan pada keluarga ini. Rutin aku sekarang selang se hari pergi tenguk Aiman. Ari ni dah 12 ari umur Aiman dan dah pandai senyum dan mencari suara orang. Moga Aiman menjadi anak yang soleh dan berbakti pada ALLAH SWT dan ibubapa. Muaaaaaah utk Aiman.
3hb Mac 2012, hubby ajak pegi Jason Bay atau Teluk Mahkota. Cuaca dari Senai memang dah gelap tapi dia nak gak pegi jadi ikutkan jer lah. Sepanjang jalan ujan non stop. Akhirnya cuma sampai ke Kuala Sedili jer. Singgah makan tengahari dan balik semula ke Senai. Jason Bay - jumpa lain ari yer...
Dah lupa date bila pegi Mersing ni. Rasa rasa bulan Februari. Hubby nak jumpa kawan dia kat Balai Polis Endau. Pagi bertolak dari Senai dan sampai dalam kul 11 lebih. Memang drive slow jer.
Bermalam di Hotel Seri Malaysia Endau. Bunyi angin cukup la kuat sampai memula tu tak boleh tidor sebab x tau bunyi apa. Last2 baru teringat tu bunyi angin sebab dekat ngan laut kan.
Ni mercu tanda Endau. Masih dalam pembinaan. Yang bestnya pegi sini boleh beli ikan, sotong ngan udang yang teramat la fresh dan harga yg murah. Beli udang putih kalau kat Senai biasanya RM24.00 kat sini baru RM15.00. Pakkallah takut nak makan banyak sebab hubby ada gaut.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment