Blog ini akan bercerita tentang hati ku sendiri. Apa ada dalam hati kadang kadang tidak dapat terluahkan dengan perkataan kerana bimbang ada hati lain yang terluka. Moga apa yang di luahkan melalui penulisan akan membantu meringankan segala beban perasaan.
Friday, May 11, 2012
Untukmu Ibu ku tersayang...
Sebenarnya sejak mak pergi buat selamanya sebelas tahun lalu, aku terus menlupakan hari ibu. Malah jika saat aku mendengar radio ada lagu atau ucapan mengenai hari ibu, aku dengan pantas menukar siaran. Ada pilu dan duka yang amat dalam setiap kali hari itu di raikan.
Mak tak pernah melupakan hari hari istimewa anak2 dan suaminya. Malah setiap kali hari jadi kami atau abah, mak akan masak yang lazat2 dan kami akan balik meraikan bersamanya. Selalunya kalau hari ibu kami juga akan meraikanya bersama2.Bukan kami tidak mengingatinya di hari2 lain tapi semua anak2nya punya keluarga dan kerjaya masing2.
Aku sendiri akan menaliponnya sebanyak 6 kali setiap hari. Tak hairanlah bil telepon aku selalu tinggi. Ada saja yg akan ku tanya dan kadang kala bergaduh dengannya kerana terlalu kerap aku menalipon dia.
Mak bertubuh besar jadi agak sukar untuk bangun dan berjalan mendapatkan telepon. Akhirnya aku belikan extention untuk telepon dan mudah baginya membawa kemana saja dia duduk.
Akhirnya selepas mak pergi, setiap kali memandang telepon, aku menangis kerana tiada lagi tempat aku mengadu dan bercerita.
Hari ini aku penat yang keterlaluan kerana mengemas rumah dan memasak. Tiba2 aku teingat lagu ini dan menyanyikannya dengan airmata. Aku teringat betapa penatnya mak melayan kami dulu. Betapa tabahnya dia mengharungi kepayahan hidup saat mula2 pindah ke FELDA selepas abah tamat perkhidmatan dengan TUDM. Aku sendiri baru darjah satu saat itu.
Sebenarnya apalah sangat kalau dibandingkan kepenatan ku dengan kepenatan mak. Aku akan mengemas bila rasa ingin melakukannya. Begitu juga memasak. Tapi mak melakukan semua kerja rumah sendiri seawal subuh hingga terbenam matahari, dia masih berkerja.
Mak, sesungguhnya tiada yang dapat menjadi galang ganti atas setiap pengorbanan yang kau lakukan demi anak2mu. Setiap keringat yang mengalir kerana anak2 tidak mampu dibalas. Moga mak di himpunkan bersama ibu2 lain yang solehah di sana.
Mak, sesungguhnya hati ini, kasih ini, sayang ini dan rindu ini tidak pernah pudar dan padam. Al fatihah...
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment