Blog ini akan bercerita tentang hati ku sendiri. Apa ada dalam hati kadang kadang tidak dapat terluahkan dengan perkataan kerana bimbang ada hati lain yang terluka. Moga apa yang di luahkan melalui penulisan akan membantu meringankan segala beban perasaan.
Thursday, March 22, 2012
Selamat Hari Jadi..
Selamat Hari Jadi. Tahun ni cuma buat kek belang. Sebenarnya sementara nak tunggu kot2 ada orang telepon bagitau result SPM. Tapi macam biasa la, yang di tunggu tak juga berdering telepon tu. Aku jadi ler mak kepoh,g sibuk nelipon orang tanya result. MAAF ler jika ada yang x suka dengan "kekepohan" aku tu tapi memang dah terbiasa sebab aku cuma nak tumpang gembira dan sedih jer. Apa pun tahniah pada semua yer.
Semalam 21/3/2012. Selamat hari jadi pada Ana. Yang ke berapa ke? Lupa nak tanya. Moga ALLAH SWT permudahkan segala urusan dunia dan akhirat.
Birthday Ana sama ngan aruah abah. Last year abah beria2 tanya aku kalau nak buat pulut sedekah kat masjid berapa kilo? Ada 10kg? Macam biasa ler aku buat lawak, 10kg bole sedekah satu kampong. Rupanya itulah pulut terakhir untuknya. Abah, walaupun abah dah tak da, doa kami muga abah beroleh ketenangan dan di himpunkan bersama orang2 yang soleh. InsyaALLAH, selagi nafas masih mampu di hela, kami akan mengingati abah selamanya.Alfatihah untuk abah.
Yang ni birthday boy bulan Februari. Apiz, semoga dengan meningkatnya usia,Apiz akan menjadi lebih dewasa dan matang dalam segala aspek. Kehidupan akan menjadi semakin payah kerana tanggungjawab akan semakin bertambah. Usah di abai Tiang Ugama,jangan di lupa jasa ayah bonda dan jadikan AL QURAN dan Sunnah sandaran hidup kita. InsyaALLAH hidup akan lebih sempurna. MOga kekal di dalam rahmat dan lindungan ALLAH SWT selamanya.
Ini birthday boy bulan Januari. DOa uda agar Syafiq di rahmati dan di lindungi ALLAH SWT selamanya. Macam abang Apiz, moga Syafiq juga berjaya di dunia dan akhirat. InsyaALLAH.
Sebenarnya bulan Januari juga adalah hari jadi aruah mak. Tak mungkin aku lupa tarikh lahirnya (5/1) biarpun sudah mencecah 11tahun mak pergi meninggalkan kami. Moga mak juga di tempatkan bersama para solehin. Mak, rindu kami tak pernah padam malah semakin hari ia semakin bertambah mekar di sudut hati.Al Fatihah untuk mak.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment