Monday, October 17, 2011

Tahniah...

Memang lama ingin menulis tapi kecelaruan hati dan fikiran memaksa aku berdiam seketika. Tapi ari ini ku gagahkan juga kerana aku harus mengucapkan tahniah kepada mereka ini.

Aju, tahniah kerana menjadi sepupu yang amat membantu kepada yang lain. Moga ALLAH mengurniakan kesejahteraan dan kerahmatan dari segi aspek kehidupan, kesihatan dan segalanya.

Ain, tahniah kerana berjaya mengenggam segulung ijazah setelah beberapa tahun berhempas pulas. Jadilah anak yg solehah dan berjaya di dunia dan akhirat.Awasilah setiap langkah kerana di hadapan terdapat berjuta onak dan ranjau duri yang akan di harungi.

Apez, juga tahniah dari uda. Belajarlah menjadi lelaki dewasa yang matang kerana setiap langkah ke hadapan bermakna akan bertambah tanggung jawab yang akan terpikul di bahu kerana seorang lelaki itu bukan saja bertangungjawab pada dirinya tetapi kepada ibubapanya, isterinya dan anak2nya.
Moga ALLAH SWT merahmati kita semua.. Aminn

Teringin ...

Bukan aku teringin bertemu orang2 yang pernah ku kenali tetapi hati amat merindui org yang amat ku sayangi dan kasihi - mak dan abah. Setiap kali mendengar lagu ini, itulah apa yg ada di dalam gelodak hati ku. Tapi aku tahu, itu tidak mungkin terjadi..

Thursday, September 22, 2011

hayatilah...hari hari duka yang di lewati.

sesungguhnya aku bukan pendendam tapi aku seorang pengingat... salahkah aku?

Wednesday, September 21, 2011

Hayatilah...

saat kecelaruan hati dan fikiran...aku tidak mampu berkata walau sepatah pun...

Monday, September 19, 2011

hayati lah..

bila aku menulis, ada yang mungkin terguris, bila aku besuara, pasti ada yang terluka. jadi diam itu lebih baik walaupun hati sendiri keciwa...

Wednesday, August 10, 2011

Selamat Hari Jadi... diri ku sendiri

Syukor ku kepada Ya Rabbi kerana mengizinkan aku menempuh kehidupan ini se tahun lalu dan menerima kehadiran se tahun mendatang. InsyaALLAH.
Moga ALLAH memberikan aku kesempatan untuk terus memohon keampunan dari Nya dan memberikan aku kesihatan yang baik agar aku bisa terus beribadah kepadaNya. InsyaALLAH.

Wednesday, August 3, 2011

Cerita lara..

Sekali lagi ALLAH memberikan aku kesempatan menyambut kehadiran Ramadhan tahun ini. Ku mohon agar terus di beri kesempatan yang sama di tahun tahun mendatang walaupun sebenarnya setiap kali munculnya Ramadhan, ada cerita lara yang tidak pernah padam di hati ini.
Hari ini genap 10 tahun Almarhumah emak pergi meninggalkan aku buat selamanya. Setiap kali hadirnya 3 Ramadhan, setiap kali itu juga hati di terbak pilu dan duka. Aku menerima ketentuan Ilahi namun kedatangan Ramadhan tahun ini lebih terasa laranya kerana abah juga mengikut telah jejak mak.
Hanya DIA yang tahu betapa hati ini kerana setelah hampir tiga tahun setengah abah tinggal bersamaku,akhirnya dia pergi menghadap Ilahi.

Barang barang ini lah yang akan ku gunakan untuk "menyolek" abah. Kini barang barang ini tersimpan sepi di dalam almari. Susah tiga bulan mesin gunting rambut itu sepi tanpa tugas bulanannya, tiada lagi sungutan abah bila aku kadang kala lewat mencukur janggutnya dan hilang sudah sindirannya jika aku lewat mengetip kukunya. Berus yang sering di gunakan untuk menggaru belakangnya juga kini sudah tersimpan.
Aku sering bertanya pada diri sendiri, bagaimana harus aku menempuh Aidilfitri ku kali ini? Tiada lagi tangan tua untuk ku kucup, tiada lagi pipi berkedut yang akan ku kucup.Dan lebih parah lagi, kini tiada lagi kata-kata nasihat yang akan ku dengar setiap hari kerana dia telah pergi....
Alfatihah buat Almarhum Abah dan Almarhumah emak. Rindu ku tidak pernah padam pada kelian...

Wednesday, May 18, 2011

Al fatihah untuk Mak Yah...

Aku baru balik dari Bangi. Pegi lepas solat Jemaat dan baru balik tadi. Hubby nak pegi tenguk cucu2nya dan kebetulan Yah ngan Amat ke Jakarta, jadi bole ler tunggu budak2 tu kejap. Aku memang tak bagitau sesiapa baik Nor atau Ila. Bukan apa, masih lagi duka bertapak di hati dan aku yakin kalau berjumpa mereka, nestapa lebih banyak kerana pasti kami akan mengimbau kenangan lalu.
Lepas magrib, dapat panggilan dari Kak Nen. Bagai di jangka, dia mengabarkan berita duka, Mak Yah, mak saudara ku di Ipoh juga pergi meninggalkan kami buat selamanya. Alamarhumah adalah kakak pada aruah bondaku.
Kini, tiada lagi saudara tua di Ipoh sebab semua adik beradik mak dah pergi untuk selamanya.
Apa pun, moga Mak Yah di tempatkan bersama para solehah dan buat saudara2 di Ipoh, biarpun kita telah kehilangan orang2 yg kita sayangi, di harap ikatan kekeluargaan tidak terputus terus.InsyaALLAH aku akan cuba menghubungi jika ada kesempatan.
Al fatihah untuk Mak Yah...

Monday, May 9, 2011

Al fatihah untuk abah..


Sebenarnya aku cuba menghimpun ayat untuk bercerita tetapi pilu dan sebak masih bersarang di hati ini. Abah, moga di himpunkan bersama para solehin. Alfatihah...

Friday, April 15, 2011

Rabbani-Pergi Tak Kembali(Takziah utk ABI dan Keluarga)



Tgh tadi ketika sdg menyiapkan bahan2 untuk masak mi rebus bagi kuliah malam nanti, Imah telefon dan maklumkan kakak Abi telah kembali ke rahmatullah sebentar tadi. Semoga aruah ANIZAH di tempatkan bersama para solehah. Alfatihah untuk beliau.
Buat Abi dan keluarga, semuga bersabar dengan ujian dari ALLAH SWT ini.Kita juga pasti menyusul cuma masa dan ketikanya hanya ALLAH yang tahu.

Thursday, April 14, 2011

Jawapan kepada satu soalan - "Kenapa awak menulis blog ini?"


Ada org bertanya, kenapa perlu menulis blog ini? Tak malu ker kalau orang baca dan tak takutkah akan apa orang lain akan kata?
Aku memang minat menulis,dari dulu lagi. Dari sejak sekolah rendah aku dah mengenal A.Samad Said, A.Samad Ismail, Pak Sako, Usman Awang dan beberapa orang lain. Dari dulu lagi aku yang selalu menghabiskan carbon typewriter abah. Kesana sini aku mengusung dan menaip apa saja.
Lepas tu aku akan mengepos kemana saja. Baik surat kabar atau radio maupun majalah. Pada diri ku ada kepuasan semasa menulis. Hidup ini kan sandiwara dan kita adalah pelaku2nya. Apa yang selalu aku tulis adalah apa yg aku lihat atau dengar. Malah kdg2 dari imiginasi ku sendiri.
Karya pertama ku di siarkan di radio Johor dalam rancangan "Di Pinggir Selat Tebrau". Ia adalah cerpen yang aku reka berdasarkan lagu kumpulan Black Dog Bone. Kemudian cerpen ke dua dalam akhbar yg namanya pun aku dah x ingat. Masa tu aku tak menerima apa2 bayaran pun.
Lama kelamaan cerpen2 ku keluar di majalah wanita, berita minggu dan beberapa majalah. Tapi bukan mudah nak berkarya. Kdg2 idea ada tp zat"M" ada, jd x menulis lah jawabnya.
Berbalik soalan td, sebagai manusia, aku punya hati dan perasaan. Ada masa aku menulis kerana hendak menutup kepedihan hati. Ada masa kerana perasaan ketidakpuasan hati dan kadang2 semata2 untuk menghilangkan stres ku. Namun aku masih lagi menyimpan perkara2 yg ku anggap menjadi rahsia idup demi menjaga hati dan perasaan org di sekitar ku.
Ada masa hati amat tersinggung tp aku x mampu meluahkan melalui tulisan kerana tidak mahu ada hati yg terluka dan tersinggung.
Itulah tujuan akau menulis. Paling tidak bila satu masa nanti aku di jemput menemui PENCIPTA ku, ada sesuatu yg aku tinggalkan untuk di baca dan di fahami.
Aku tidak pernah memaksa sesiapa membaca blog ini tp cukuplah kalau ada yg sudi merasai apa yg aku rasa..Itulah jawapan ku..

Thursday, April 7, 2011

Aku dan kehidupan...


Ari Senin pegi kelas fisioterapi kat Hospital Kulai. Memang aku akui dah lama tak work-out. Badan dan tegang ngan keras. Pakar tu suruh buat cycling 15minit. Oh! memang nak pengsan ler. Non stop tapi aku stop gak. Kaki ni lak asik ngayuh gostan jer.. Lepas 15 minit, buat angkat kaki setiap kaki 60 kali. Bayangkan orang yg comel cam aku ni kena wat 120 kali(setiap sebelah kaki 60x) Huhhh! X dapat kata ngan perkataan. Abes wat tu dia suruh lah duduk bangun sebanyak 60x. Ahh akhirnya aku meninggalkan bilik tu dengan kaki yang gigil dan badan yang melayang. C u again 25/4/11 ni...

Ari selasa, antar abah g hospital wat tapping. Air di keluarkan sebanyak 8000liter. Tu lagi sekali gigil kaki. Tapi kali ni sebab lapar giler. Pagi tu memang x breakfast sb ingat nak makan kat kantin. Ropa2nya kantin tu tutup sb dah abeh contract. Jawabnya lapor ler sampai balik kul 8 malam.Apapun, abah dah selamat keluar semalam(Rabu) dan nampaknya ok ler.

Malam tadi (Rabu) dpt sms Imah,bagitau kakak ABI yang sulong sakit dan berada di Hospital Sultanah Aminah, JB. Aku sebenarnya memang kagum dengan ABI. Dia amat tabah dan aku tahu hanya ALLAH S.W.T yang tahu apa isi hatinya. Abi yang aku kenal adalah seorang yang amat tenang. Tiada tergambar di wajahnya sedih atau muram. Malah tidak pernah sekali aku mendengar keluh kesah dari bibirnya bila berhadapan dengan masalah yang sering kali di hadapi.
Abi, insyaALLAH kakak Abi akan pulih seperti biasa. Aku tahu, ABI memang seorang yang kuat dalam menghadapi setiap kepayahan. Doaku moga kau sentiasa di permudahkan urusan oleh ALLAH S.W.T. Aminnn

Friday, April 1, 2011

A Parent's Love - I Cried After Watching This...



untuk ingatan diri ku dan mereka yang ingin memahami apa yg tersurat dan tersirat.

Tuesday, March 22, 2011

jalan2 cari ubat n cari makan....

Semalam pegi cari ubat untuk abah. Dah terlanjur tu, saja ler pusing2 kat Bandar Putra. Memula g cari makan kat Selera Desa,sebelah Alamtologi. Boleh tahan gak asam pedas dia tapi rega dia ehem ehem sikit...

Kalau nak pegi Restoran Selera Desa ni, dari arah Johor, naik flying over yang depan Klinik Kesihatan Kulai Besar, belok ke kanan dan terus jer pastu amik kiri bila nampak banyak kedai kedai tu. Maknanya sebelum sampai simpang Giant.

Sebelum tu kita akan nampak Pejabat Alamtologi. Aku pun tak tau itu pejabat apa. Cuma ada sekali g makan kat sini nampak budak X-Mitsubishi. Kalau tak silap namanya Sanusi. Dia sabahan. Nak di tegur, masa tu dia tengah bz nampaknya. InsyaALLAH lagi sekali jumpe, aku tegur.

Lepas makan, hb g singgah Giant sebab nak belikan geng dia ayam panggang kat Giant tu. Aku malas nak g sb kalau keluar jer dari keta maknanya duit pun akan kuar. Hehe

Masa balik lalu jalan dalam . Macam biasa, hb "mintak sikit" bunga raya yang tanam kat sepanjang jalan situ. Sikit jer, 4,5 dahan jer.

Kemudian terus lalu kat Hutan Bandar Bandar Putra yang air kolamnya kuning sesangat. Kawasan tu cantik tapi airnya tak sesuai sikit.. Kebetulan lalu jalan situ ari ni x der lak kapalterbang. Aku ngan hb memang suka g situ utk tgk kapalterbang turun/naik.

Last sekali hb singgah Econsave sebab nak beli limau lokam. Aku cam biasa duk dlm keta untuk terus berjimat. Hehe

Sunday, March 20, 2011

Selamat hari lahir abah ke 84

Sepatutnya date b'day abah esuk 21//3/11. Tapi aku saja masak ari ni. Takut ada hal lain. Sebenarnya masak pulut kuning ni memang dah jadi tradisi aruah mak pada setiap kali anak2nya ari jadi. Kalau tak pulut kuning, dia masak bubur putih bubur merah. Aku sekadar meneruskan tradisi itu. Walaupun rasa masakan tak se enak aruah mak, tapi bagi ku, ia amat memadai.

Ini gambar abah dengan anak2 Nariah masa mereka balik 12hb Mac aritu. Kalau nak cerita tentang abah, tak tertuliskan tapi yang selalu aku ingat ialah setiap kali hari raya, abah akan menyiang daging cantik2 dan membersihkan ayam sebelum mak masak sebagai juadah hari raya. Bagi aku, tak ada seorang pun dapat menandingi hasil kerja dia tu. Daging di siang halus n saiznya sama jer. Ayam pulak, dulu ayam kampung, dia bersihkan, bakar buang bulu arinya dan potong kecik2 supaya senang makan. Mujur sekarang dah ada mesin potong badan ayam.
Abah memang seorang yang tegas, maklum le bekas askar. Tapi sekarang bila menginjak usia emas, dia lebih banyak menghabiskan masa di bilik dan di katilnya. Tahap kesihatannya semakin menurun cuma "chengei" jer lum kurang. Hehe

Ini rendang daging yang aku masak untuk dimakan dengan pulut kuning kat bawah ni.

Ini kek butter coklat rice. Tak berapa menjadi sebab tawar dan berat sikit. Aku amik resepi dari Internet. Tak pa, actually abah lebih suka Butter Cake. Sajer gatai nak ubah rasa.

Abah, aku tahu aku tidak mampu menjagamu dengan terbaik. Barangkali anak2 mu yang lain jauh lebih mampu melakukan perkara demikian. Tapi,aku selalu cuba untuk melakukan dan melayanmu seikhlas mungkin. Aku tahu ada masa, bila hormon bertukar di dalam badan, aku mampu menjadi singa yang ganas dan dan ada masa menjadi kucing yang jinak. Tapi ketahuilah, aku hanya mengharapkan setiap yang ku lakukan, ku lakukan dengan ikhlas dan jujur.
Abah, aku memohon ampun dan maaf dari hujung rambut hingga hujung kaki jika selama ini ada kata2 ku menguris hati mu dan ada perbuatan ku menghancurkan jiwamu. Aku cuma manusia biasa dan aku yakin ALLAH S.W.T lebih mengetahui akan setiap yang berlaku.
Percayalah selagi ada daya, aku akan cuba menbuat yang terbaik walaupun ada masa hati ku sendiri terhiris dengan apa yang aku alami.

Friday, March 18, 2011

Kuliah ...

Pagi tadi memang geram tul ngan depa2 tu. Balik klinik terus g pasar sb malam ada kuliah. Jd masak ler apa yang reti. Maklum ler, dah umor 42 baru masuk dapor. Masa aruah mak ada, aku cuma keja basuh pinggan jer lepas mamam.

Ni sambal tumis bilis. Bilis nya aku blender jer. Jadi x sangkut kalau org makan.

Yang ini sepat kerin d goreng. Ropanya rega ikan masin sepat ni dah mahal ler. Maklum ler selalu belanja kat "market" ni kije hb. Hehe

Yang last ni sayur goreng jawa. Mungkin x sama rasa ngan org jawa masak sb depa lagi expert bab masak sayur ni. Aku wat asal jadik jer.
So para jemaah, sila ler makan. Yang dah memang aku pasti, lauk2 ni tawar sb aku x makan masin. Maaf jer ler yer... InsyaALLAH minggu depan, aku try menu lain lak..

Sesaja nak citer..

Sejak ada kamera ni, asal kuar je bwk kamera. Semua aku amik gambo. Sampai hb tya " apa ajer yang di amik". Tak tau ler dah memang minat dari sekolah dulu menulis dan amik gambar. Dulu ada gak kamera tapi dah rosak. Ni ler baru dpt li yang baru. Murah jer. Tak macam depa2 tu punyer.. Takpe ler harap2 ada antara depa2 tu sudi nak bagi adiah masa "beshday" nanti cemera cam depa punye. Hahaha ada berani ka?(Mesej wat AJU, AIN ,INA n AISYAH)

Atas ni gambor lori yang dah masuk dua tahun buat projek besarkan jambatan kat umah tu. Tak siap2. Dah siap, depa pecah balik, korek balik. Mana x abeh duit. Ish..ish..ish.

Yang ni lak di kenali sebagai "JAMBATAN GANTUNG DI SENAI". Jangan ingat Babylon jer ada cam ni. Senai pun ada ooo. Pun sama, tak siap2. Bila panas x keja, bila ujan depa beramai2 wat kije. Logik gak, masa ujan kan tanah lembut. Senang korek..

Ni signboard nak g umah kat senai. Follow jer yg ada gambo kapalterbang tu tp jangan sesat ke Airport dah ler..

Yang ni lak "Turtle Project" jalan dari Taman Impian Emas Skudai. Dah antar komplen kat paper pun tapi masih cam tu gak. Sian aku, kalau balik dari umah Adam, sure kena U turn jauh punye..

Yang ni sesaja jer, gatai tangan amik gambor signboard gak. Jd kalau sesapa nak g umah jgn lupa, ikut signboard yg ada kapalterbang.. Kalau sesat, g kat masjid, tanya jer, gerenti jumpa punya...

Aku dan Klinik Kesihatan...


Sepatutnya appointment dengan Pakar Permakanan ari Khamis, 17hb Mac 2011. Petang rabu tu ada misi telepon bagi tau pospon ari Jumaat, 18hb Mac. Konfuse gak sebab jarang appointment ari Jemaat. Tapi, depa tentu lebih maklumkan. Jadi kul 7.45 pagi pegi ler ke Klinik Kesihatan Kulai Besar. Hb antarkan.

Memula pegi kaunter pertanyaan n pendaftaran, nak daftar. 1st misi kata gi bilik 20. Suruh tanya lak kat misi bilik 20. Aku bukan 1st time pegi, ni kali ke 2. Ikut gak ler,dah kita nak perkhidmatan depa. Gi bilik 20, misi tu cakap, gi kat pendaftaran bagitau ada appointment dan mintak kad kuning. Pastu tunggu bilik 13(Ngeri lak no tu..heheh).
Gi semula kat kaunter, dah depa tanya lak bila last datang sebab kad tak jumpa. Ni pun dah 2nd time kad aku ilang. Sampai Pembantu Perubatan tu suruh aku buat buku 3x5(cam buku utang tu).Dah tentu kad kecik kuning tu kat dia, tenguk jer ler. Gitu, gini,gitu gini aku tunggu jugak ler. Amik nombor dapat no 1041.
Lama tunggu, aku gi tanya kat Cik Puan yang bagi kad/no tu, aku ckp dah ada appointment. Dia leh kata, kalau dapat no 1, boleh ler cepat. Tahap api dlm badan dah mula naik sikit. Aku duduk balik.
Aku tenguk Cik Puan tu setiap satu kad dia amik masa punya ler lama.Yang aku pelik kalau dah ada appointment, asing ler kat tempat lain. Kalau yg dah ada appointment di campur ngan no pesakit luar, memang ler tak patut. Kalau aku tunggu untuk pesakit luar, tunggu sampai petang pun tak kisah sb tau depa memang suka wat kije lambat.
Bukan aku nak salahkan depa atau kata depa tak reti kije tapi buat ler procedure yang menyenangkan pesakit. Untuk dietian, bukan ramai. Sehari rasanya cuma 8/10 orang jer. Itu pun ramai yang tak dtg sb tak dapat turunkan berat ikut arahan dietian tu.
Bila tahap api dah naik, aku g jumpa misi bilik 20, nak suruh tukar date appointment. Misi tu kata, buku temujanji, dietian dah amik. Aku ckp ngan dia, setakat nak jumpa dietian, masa 1st time aku gi, x payah tunggu pun. Misi kat pendaftaran amik kad kuning kecik, pastu bagi kad kuning besar, aku byr rm1.00 dan terus tunggu bilik 13.Ngapa sekarang dah lain lak caranya. Dia pun call ler Cik Puan kat pendaftaran tu. Pas2 dia suruh aku amik kad. Muncung Cik Puan tu tau2 jer ler. Iyalah depa kan penjawat awam, tak macam aku org meskin yg terpaksa ke Sepital Kerajaan sebab x mampu gi Klinik Swasta.
Tak lama aku tunggu, misi bilik 14 lak panggil. Tanya dah wat cek urine, darah dll. Aku cakap aku nak jumpa dietian. Dia bwk lak gi bilik 21. Korang tau apa? Ropanya dietian tu ari ni x ada. Dia ada kat Klinik Bukit Liki, bagi ceramah. Kalau korang ler, apa agak2 korang buat?
Yang bestnya depa leh tanya aku, sapa tepon makcik? Aku lupa lak nak tunjuk hp yang bhg "Received call" tu. Pas2 depa ckp, nanti, wat date baru, aku ckp ler jgn ler nak nyusahkan aku. Nak bagi date, bior yg betul. Mujur ler aku dpt lawan "setan2 dlm badan yg dok bagi api suruh aku ngamuk."

Depa suruh kita wat comment tentang kerja depa tapi aku rasa, bior seribu tahun pun tak akan berubah. Aku bercakap berdasarkan bukti.
Aku selalu antar ayah aku gi sepital wat tapping. Dari mula aku menjadikan sepital umah ke dua aku, sampai last date aku gi bulan 2,2011, flush tandas kat toilet OKU,kat area A&E tu lum lagi elok.(Bagi satu contoh dah ler..)
Jadi bak kata Nabil "Lu pikir ler sendiri".

Last sekali masa nak balik, aku amik gambo MC Donald buat ubat sejukkan ati..

Thursday, March 17, 2011

Aku dan rumah itu..

Tadi aku balik P.R untuk kemas umah. Janji ngan Ami tapi pagi tadi hujan lebat sangat jadi bagitau dia, lain kali jer kami bersihkan umah sama-sama. Ari ni aku pegi ngan hb jer. Aku wat mana yang larat ker. Kebetulan nak terus singgah umah P.Yunus untuk menyumbang sebab majlis kawin anak bungsu dia. Ari Sabtu tu aku tak dapat datang sebab hb ada jemputan kat tempat lain. Teragak pulak nak amik gambar umah yang penuh kenangan ni. Tempat aku di besarkan. Sedih bila kenangkan sekarang keriuhan itu tidak mungkin berulang lagi...

Meja bulat ni aku beli masa aruah mak ada lagi. Beli untuk hari raya. Kerusi makan yang bawah ni abah beli. Beli untuk raya juga. Sempat lah aruah mengunakannya.


Kerusi goyang ni aku beli dari kedai Abang Din. Masa tu kedai kat Bandar Tenggara. Bawah ni ilah gambar sisi rumah dan depan umah. Sayang, ianya kini sepi. Tapi yang aku geram tu, ada lak hamba-hamba ALLAH yang berani mengotorkan beranda umah tu dengan percikan cat dan tambah berani lagi depa gunakan air kat paip luar tu. Bil yang baru aku dapat RM24.00. Selalunya cuma RM4.00 jer.
Pada sesapa yang duk dekat umah aku tu, gunakan lak air umah tu tanpa izin, ingat2 ler. Dosa memang tak nampak.. Insaf ler..


Aku cuma berharap satu hari nanti, ada antara anak-anak saudara ku yang memilih untuk tinggal di umah yang penuh kasih sayang ini. Insya ALLAH

Wednesday, March 16, 2011

Alam dan kita

Tadi pegi amik jeruk kat kedai Imah. Hb singgah jumpa kawan dia kat Saleng. Sempat la aku amik gambar masjid Saleng ni.

Gambar ni amik semalam. Banyak betul bunga kuini ni. Nyum nyum nyum sedapppp.Satu lagi tu bunga kenanga. Aku kadang confuse gak beza kenanga ngan cempaka.

Yang ni pun amik semalam. Ni burung gagak namanya. Hehe gagak sekarang duk kat "town". Ni kat Taman Sentosa, JB.

Sunday, February 13, 2011

Syomell Sara ngan Tok n Tok Wan

Semalam Man sekeluarga datang umah dengan mak,bapa mentua dan adik Ana. Tercapai jugak hajat mereka nak tenguk abah dan berkenalan dengan pak we aku. Hehe. Ni ler mak ngan bapa mentua dia. Maknanya tok n tok wan Syomell Sara.

Syomell Sara tak berapa sihat. Jadi moddy jer ler. Hehe dia semakin membesar.

Thursday, January 20, 2011

Buah hati,pengarang jantung...



Agaknya ini yang di rasai oleh Almarhumah mak dulu, memikir tentang anak-anak yang jauh dan sibuk dengan urusan masing2.Akhirnya aku juga mengalami yang sama. Saban hari memikir tentang anak2 saudara yang semakin dewasa dan mulai mempunyai kerjaya masing2. Tentulah mustahil untuk menyuruh mereka mencari kerja dan duduk di depan mata kita. Mereka juga ingin membina masa depan mereka sendiri.
Hanya yang mampu aku lakukan adalah berdoa agar mereka tidak hanyut mengikut arus kemodenan yang semakin menakutkan.
Pesan Uda, kalau semasa kecil rajin mengaji dan sembayang, bila dewasa jangan abaikan tanggungjawab tersebut kerana itulah tiang ugama. Moga ALLAH S.W.T melindungi dan merahmati kita semua. AMINNN