Meja bulat ni aku beli masa aruah mak ada lagi. Beli untuk hari raya. Kerusi makan yang bawah ni abah beli. Beli untuk raya juga. Sempat lah aruah mengunakannya.
Kerusi goyang ni aku beli dari kedai Abang Din. Masa tu kedai kat Bandar Tenggara. Bawah ni ilah gambar sisi rumah dan depan umah. Sayang, ianya kini sepi. Tapi yang aku geram tu, ada lak hamba-hamba ALLAH yang berani mengotorkan beranda umah tu dengan percikan cat dan tambah berani lagi depa gunakan air kat paip luar tu. Bil yang baru aku dapat RM24.00. Selalunya cuma RM4.00 jer.
Pada sesapa yang duk dekat umah aku tu, gunakan lak air umah tu tanpa izin, ingat2 ler. Dosa memang tak nampak.. Insaf ler..
Aku cuma berharap satu hari nanti, ada antara anak-anak saudara ku yang memilih untuk tinggal di umah yang penuh kasih sayang ini. Insya ALLAH
Siapa kita tanpa sejarah...kerana sejarah itu adalah sebahgian dari diri kita. Sejarah itu yang membentuk siapa dan bagaimana masa depan kita...
ReplyDelete