Blog ini akan bercerita tentang hati ku sendiri. Apa ada dalam hati kadang kadang tidak dapat terluahkan dengan perkataan kerana bimbang ada hati lain yang terluka. Moga apa yang di luahkan melalui penulisan akan membantu meringankan segala beban perasaan.
Thursday, April 7, 2016
lahir dari hati...
dalam meniti liku liku kehidupan, berbagai rasa dan pengalaman yg di lalui. sesungguhnya aku tidak menyangka bahawa ALLAH SWT meninggalkan aku sendiri tanpa mak dan abah. tahun ni genap mak 15 tahun meninggalkan aku dan abah dah 5 tahun mengikuti mak. tiada dugaan yang paling besar bagi diri ku selain saat aku kehilangan mak. lara dan duka berpanjangan selama 14tahun dan akhirnya aku belajar menerima kenyataan yang amat pedih itu. benarlah kata orang, mak mengajar kita segala galanya tapi mak tidak pernah mengajar bagaimana harus kita lalui hidup ini tanpanya.
menempuh kehidupan dari bujang hingga berumahtangga, ada berbagai corak dan warna di hadapi. semua insan mengharapkan yang indah2 dan baik2 sahaja. tapi lumrahnya warna yang kita corakkan di atas kanvas kehidupan itulah yang mendewasakan dan mematangkan kita. seringkali kita berharap dpt melihat serinya warna pelangi,selepas hujan tapi tidak selalu impian itu tercapai.
hari ini anak2 yang menjadi raja dan ratu hatiku sudah semakin dewasa. Alhamdulillah punya pelajaran dan kerjaya sendiri. namun ada masa hati merasa curiga jika mereka gagal menghadapi kerenah dalam kehidupan yang semakin menipis peradabannya. aku risau dan bimbang, satu hari nanti mereka tersilap langkah kerana butanya mata dan hati kerana cinta pada manusia dan dunia yang penuh kepalsuan dan kepura puraan.
anak2 ku, ingatlah jangan sesekali melukakan hati mak dan abah kamu di masa mendatang kelak. timbang taralah dengan seadil2nya sebelum membuat keputusan. jangan mengikut hati dan nafsu tapi landaskan pada iman dan ajaran islam. biar hatimu terluka, bernanah waima hancur sekalipun tapi jangan sesekali di sakiti hati mak dan abah kelian. ingatlah restu dan doa mereka menyumbang pada kebahagiaan hidup kamu di dunia dan akhirat.
uda tinggalkan pesanan ini kerana mungkin esuk atau lusa uda akan mengambil tindakan begini
dan akhirnya...
kerana
doa uda moga kita sama2 terus membentuk keluarga bahagia hingga ke akhir hayat. ingatlah biar apa terjadi 'biar genting jangan terputus'.
aamiin ya rabbal alamin
Friday, April 1, 2016
tahun berganti lagi ...
maaf kan saya. saat masa menginjak tahun kedua awak pergi, baru baru saya terjumpa gambar ini. ini yang terakhir kita bergambar bersama. selepas tahun ini, kita masing2 berada dalam masalah masing2. lihatlah betapa seronoknya kita bersama walaupun tanpa Cik Ru @ Shidah. Cik Ru org jauh jadi payah bertemu di hari raya.
sahabat ku, kami juga akan mengikut jejakmu. cuma kami tidak tahu masa dan ketikanya. Janji itu tidak pernah kami lupakan.
Insyaallah selagi ada hayat di badan, selagi saya mampu bersuara, saya tidak lupa pesan awak. Sesekali saya akan tetap merisik kabar bertanya berita kepada Abi. Sesekali saya akan mengingatkan Imah jika dia terlalai atau alpa dalam kesibukannya. Sesekali juga akan saya lagukan pada angin lalu supaya Shidah juga tahu kawan kawan merindui dirinya walaupun dia jauh.
Alfatihah untukmu sahabat..
Monday, October 26, 2015
time fly fast (masa terbang cepat)
memang itulah yang aku rasakan sekarang. baru saja macam semalam dia terkedek kedek balik dari tadika dengan abah. masih ternampak nampak lepas makan dia mandi di kolah bawah di rumah dengan abah. bila tengahari dia akan tidur lena di atas katil abah. tengahari dia tak mau tidor dengan mak tapi bila malam dia akan menyelinap naik atas katil mak.
aku panggil dia adik. dalam family kami ada dua adik. satu lagi adik yam tapi selepas 16/17 tahun(aku tak berapa ingat) dapat pulak adik baru tapi dia tetap kekal dengan gelaran adik. dia ni memang adik la sebab tak ada adik baru.
tahniah pada adik ina, mak dah abah.
dalam ria sebenarnya hati uda sedih. selepas ni, adik ina akan memulakan kerjaya d tempat orang. doa uda adik jaga diri d tempat orang. pesan uda sama macam aruah omok pesan kat uda dulu. jaga diri, jaga perangai, jgn lalai solat dan hati2 dalam setiap tindakan jangan sampai menyakitkan atau melukakan hati org lain.
doa uda, bukan saja adik tapi ayong, apiz,ain,esha,naim, syafiq dan adik yam selamat di tempat masing2. Moga ALLAH SWT melindungi, memberkati dan merahmati semua cinta hati uda.
Tuesday, September 8, 2015
kita jumpa lagi...
ku mulakan dengan ayat suci ini selepas sekian lama tidak mengintai blog ini. segala macam rasa bergelodak d sudut hati dan sanubari. berbagai perkara berlaku dan terjadi sepanjang waktu itu. bukan niat menyepikan diri tapi bila satu nikmat yang di kurniakan ALLAH SWT di tarik walaupun sekelumit, kepayahan itu amat terasa. namun aku akur bukankah sakit itu penghapus dosa2 kecil? aku berhenti di sini sebentar. sampai waktu, aku menulis lagi.
Saturday, December 27, 2014
Saturday, November 8, 2014
Friday, May 2, 2014
Saturday, June 1, 2013
masa ...
sememangnya aku yang alpa atau cuai, aku tetap tidak menyalahkan sesiapa. aku selalu begitu.
masih sibuk ber"kalau-kalau" sedangkan masa berlari laju meninggalkan aku terperosok kesaorangan.
aku meninggalkan januari,februari,mac,april dan mei. aku gagal mengucapkan selamat hari lahir pada buah2 hatiku, aku biarkan catatan memori yang ku alami hari ke hari terkulai kekeringan tanpa simbahan ayat2 untuk memastikan ia subur dan mekar di sudut hati.
bukan aku sengaja tetapi sebenarnya aku sudah terlalu lelah dan ke"capek"an saban waktu menghitung hari untuk memastikan setiap apa yang berlaku "baik2" dan "eluk2" sahaja sedangkan sebenarnya buah hati pengarang jantung ku itu sudah tidak lagi memerlukan aku dalam hidup mereka. tak mengapa. aku cuma mampu mendoakan agar mereka terus d berkati, d rahmati dan d pelihara ALLAH SWT selamanya. bila aku mengeluarkan pernyataan ini, bermakna, aku sudah meletakkan nokhtah pada segalanya. maafkan aku..
Sunday, January 20, 2013
Luka Dilukai ...
kadang2 penat melayan kerenah manusia. ada masa penat lelah tak di hargai, jasa dan budi tidak di ambil peduli. bukan niat untuk mengungkit tapi salahkah memberi sedikit penghargaan walaupun dengan hanya ucapan "terima kasih"?. rasanya tidak pernah aku meminta emas permata apa lagi meminta perkara yang di luar jangkauan tapi semakin lama,kehadiran diri semakin menipis di matanya,mungkin juga di akal fikirannya dan tidak mustahil juga di hatinya...
Friday, January 11, 2013
terima kasih YA RABBI..
aku ingin mengucapkan syukor dan terima kasih YA ALLAH kerana menunaikan apa yang ku inginkan dan doakan. Terima kasih Ya Rabbi.. Sesungguhnya ENGKAU maha pengasih, maha penyayang, maha pengampun setiap dosa2 ku dan tidak pernah mengeciwakan harapan, permintaan dan impian ku.
ampuni aku YA ALLAH. sesungguhnya aku hanya lah insan yang tidak pernah lari dari membuat kesilapan dan selalu lalai dengan amanah MU...
cerita di penghujung disember - I
Sebenarnya hubby ada menyuarakan plan nak pegi jalan ke Lumut,Perak. Jangkanya awal Januari 2013 kami nak pegi. Tapi macam biasa, kita hanya perancang tapi DIA yang menentukan segalanya.
Ami telepon bagitau Kak Ken jemput kami semua ke rumahnya di Manjung kerana walimatulurus dua orang anaknya Wawa dan Shafiq. Keluarga belah mak semua di Ipoh sebab mak memang orang sana. Jadi dah terlanjur gitu, kami tukar plan, undurkan tarikh dari 7/1/13 ke 20/12/12.
ni ler tiket bas express MAJU dari Lumut ke JB,pergi balik. Tambang sorang RM55.90
ni lah bas yang cukup mesra alam. driver dia memang ok. sopan santun dan tak drive gila2. slow n steady jer.
hehe ni orang yang paling excited nak naik bas. ni lima minit pertama dalam bas. ok lagi la.. bas bertolak pukul 945pagi dan sampainya....selepas abeh lenguh seluruh badan dia parkin kat Ternimal Bas Lumut kul 8+malam. Jenuh duk dalam bas.
aku pegi saing ngan Long. Dia amik bas dari kluang ke JB dan pastu ikut sesama kami.
citer sambung next part yer...
Wednesday, January 9, 2013
se pagi di sepital...
Ari ni nak citer pasal pegi hospital Sultanah Aminah,Johor Bahru. Hubby kena amik darah dan kami kuar rumah pukul 645pagi. Keadaan trafik nampaknya berjalan lancar kecuali kat jalan area Tampoi ada keta mencium "signboard" yang besor giler. Mujur pemandu2 keta pagi ni gamaknya tak minat nak tenguk jadi jalan tak jem.
Sampai dalam lebih kurang 715 pagi, kawasan parking kat sepital tu dah penuh gila. Aku memang la tak pelik tapi cuma aku heran sapa ler gamaknya yang sesubuh dah datang sepital tu ek. Nak kata keta kakitangan, depa ada tempat parkir sendiri. Lepas pusing dua,tiga kali dapat ler tempat parkir.
Tu nomor yang aku dapat dan masa tu baru pukul 721 pagi. Aku pegi ke kaunter 6 dan bagitau pesakit ni wargaemas umor 78 dan pakai kusiroda. Misi tu cakap "nanti makcik pegi kaunter 11 bagi tau lagi sekali". Bila kaunter 11 buka, aku pegi bagitau hal yang sama dan gamaknya kerani kaunter tu kot cakap " warga emas di hospital yang berumur 80thn sahaja." Aku cakap dia pakai wheelchair. Kerani tu kata ok. Entah apa yg ok aku tak tau. (soalan yg aku betul2 nak tau jawapan: warga emas ni sebenornya yg umor berapa?)
Sementara nunggu dengan perut yang lapor, aku terbaca statement kat dinding pintu B tu. Kata nya keutamaan di beri kepada warga emas umor 80, berkerusi roda dan kurang upaya. So senang sikit ati tapi rupa2nya hampeh. Samaada emas ker suasa ker, duduk ler nunggu kat luar tu sampai nomor naik. Dah ler bilik tu kecik, orang lak penuh, apa salahnya buat kaunter khas utk warga emas, oku dan org berkusi roda. (Bukan komplen tapi dah jemu ngan kata2 manis org KEMENTERIAN KESIHATAN)
Dah siap amik 7 tiub darah, aku g antar ke makmal pulak. On d way tu, singgah la toilet, lagi sekali geram ngan sakit ati, camana kat sepital leh tak da air? Depa tak da tangki air ker? Ni sama le ngan sepital Kulai. Gamaknya depa nak suruh pakai ketas jer kot.
Pas antar hubby kat keta, aku g melawat jiran yang eksiden kejap. Bila aku turun semua ke parkir, cantik jer berderet keta duk kat belakang keta2 di tempat parkir yang di sahkan. Tuan punyer ketanya mungkin kat dalam sepital. Camana gaya nak kuar? Aku g panggil budak sekuriti tu dan mtk tolong dia usahakan. Bila tuan punya keta datang, dah lah tak reti cakap "maaf" muka macam x bersalah jer. Gamaknya kempen BUDI BAHASA BUDAYA KITA tu tak menjadi ek..(lain kali aku nak langgar jer sapa yang blok keta aku.. boleh gitu?)
Kesimpulannya, kalau pegi hospital gomen ni, kita mesti ada sifat SABAR yang TEBAL.Maklumlah orang tak ber"uang"...
Sunday, January 6, 2013
selamat hari lahir mak..
sebenarnya aku telah cuba untuk menulis dari semalam tapi setiap kali jejari di tarikan di keyboard ini, air mata tidak segan silu menemani aku. terlalu banyak pembohongan terpaksa ku katakan bagi mengelak suami berprasangka.
ari ini, aku tekad untuk terus menulis walaupun tetamu tanpa di undang itu masih tidak ragu2 menghadirkan dirinya. cuma kebetulan suami masih berkebun di luar rumah.
semalam hari jadi mak yang ke 79. tarikh 5/1 tetap aku ingati selagi hayat di kandung badan walaupun selepas dia menukar kad pengenalannya tarikh lahir beliau berubah menjadi sama dengan aruah abah. biasalah kesilapan manusia..
walaupun mak telah 12 tahun meninggalkan aku, segala kasih sayang mak tidak pernah ada galang gantinya. setiap detik masa yang berlalu ingatan dan rindu kepadanya tidak pernah kurang. ada ketika aku menjadi terlalu rindu untuk memeluk tubuh gempalnya, mencari uban yang memutih di kepalanya atau paling tidak bertikam lidah dengan nya.
ada waktu2nya aku menangis sendiri kerana tidak lagi mendengar nasihat,leteran atau omelan darinya. saat paling pedih adalah bila lidah terasa2 kelazatan bubur nasi airtangannya yang menjadi ubat saat kesakitan melanda.namun yang lebih sedih adalah tiada lagi doa dari seorang ibu untuk ku.
mak,doaku agar mak di tempatkan bersama para solehah. in shaa ALLAH selagi DIA memberi kan aku peluang bernafas dengan udaranya, aku tidak akan pernah lupa mendoakan yg terbaik untuk mak dan abah. In shaa ALLAH..
Al fatihah.
Sunday, December 16, 2012
dari sudut hati...
ini adalah perasaan yang lahir dari sudut hatiku yang paling dalam...
aku tidak pasti bila langkah ini akan menemui nokhtahnya tapi aku amat berharap sebelum ia tiba di penghujung perjalanan aku mampu membahagiakan sedikit insan yang aku sayang.
bila usia semakin meningkat, hati menjadi begitu rapuh dan amat mudah terasa. barangkali itulah yang pernah di rasai oleh aruah mak dulu. betul katanya, mungkin sebab aku tidak mempunyai anak jadi aku lambat memahami apa yang dirasainya.
kini walaupun tidak mempunyai cahayamata sendiri tetapi naluri seorang ibu sering hadir di dalam diriku terutama bila mengingati anak2 saudaraku. kadang2 terasa mereka sudah semakin jauh dari ku. barangkali kerana tuntutan masa dan kesibukan mengejar cita2 dan berkerja menjadikan aku kehilangan gurau senda dan hilai tawa mereka. kalaulah mereka dapat merasakan apa yang aku rasa sekarang...
aku ingin mereka menjadi seperti mereka 20 tahun lalu, boleh di ajak bergurau, berceloteh dan ada ketika bergaduh dengan ku. tapi itulah putaran hidup. aku harus menerima segalanya..
alangkah indahnya jika mereka menjadi begini selamanya.. satu harapan yang tidak munasabah samasekali..
aju,syafiq,apiz,ain, ina,esha,naim, adik yam dan sara - akan tercapaikan igauan ini sebelum aku pergi selamanya menutup mata?
Tuesday, November 6, 2012
akan ku nanti saat itu ...
Teman, semalaman aku gagal melelapkan mata mengenangkan mu. Terlalu payah menerima kenyataan walaupun hakikatnya itu adalah pasti. Doa ku agar pelangi akan menyambut mu bila tiba saat itu nanti. Aku menanti kehadiran mu teman.. Insyaallah (25062013)
Monday, November 5, 2012
tabahlah teman ku...
teman ku, bagai terlerai jantung dari tangkainya mendengar kabar itu. Perlukah aku menjadi seperti bangau yang tercari2 atas kesilapan siapa hal ini terjadi padamu? Sungguh aku tidak menyangka kehilangan mu selama ini akibat dari hal yang tidak pernah ku duga samasekali.
teman ku, aku hanya mampu menitip kabar di angin lalu, doaku kau tabah dan bersabarlah. ingatlah apa pun terjadi, andai kau memerlukan bahu ku untuk di sandarkan, aku selalu ada, insyaallah. Yakinlah teman, biar saat ini kau merasa pedih dan hati terluka kerana "dia",ALLAH SWT sentiasa ada di sisi mu untuk mendengar segala keluh kesahmu.
Gunakanlah waktu ini untuk bermuhasabah diri dan serahkan segalanya pada NYA. Teman, aku menanti kepulangan mu yang au sendiri tidak pernah pasti bila masa itu akan bertandang..
Thursday, September 20, 2012
tabahkan hati sahabat ku...
akhirnya setelah hampir sebulan juga aku berfikir dan berfikir,hari ini semuanya telah aku rungkaikan. maaf sebab aku terpaksa mungkir janji. bukan aku sengaja tapi mereka akan lebih marah jika terlewat mengetahui hal yang sebenarnya.
padamu sahabat ku, tabahkan hati dan percayalah kami akan selalu bersama mu di waktu suka dan duka mu. Mungkin kami tidak punya wang ringgit yang banyak untuk di hulurkan pada mu tapi izinkan kami berkongsi sedikit segala rasa suka duka, sakit dan pilu mu. Usah lah kau berdiam diri memendam sendiri. InsyaALLAH akan kami rasai apa yang kau deritai.
andai kau memerlukan bahu untuk di sandarkan saat rasa duka menerpa, ketahuilah kami sentiasa ada walaupun hakikatnya kita di pisahkan oleh jarak..
Monday, September 17, 2012
Pergi tak kembali...
Sebenarnya ada banyak lagi kisah lain yang ingin aku kongsikan sepanjang bulan Julai,Ogos dan September tapi hari ini aku mengambil keputusan memaparkan dahulu kisah pilu hati ku ini.
Hampir enam tahun aku mengenali dia. Sejak aruah abah tak sihat dan aku mulai mengambil alih urusan abah, saat itu aku kenalinya walaupun sebenarnya sudah bertahun tahun dia ada di depan mata tapi kami saling tidak sempat untuk berkenal. Sekadar mengangkat tangan tanda bertanya kabar.
Dia merupakan isteri kepada ketua blok di tempat aku. Sejak berurusan dengannya, kami menjadi rapat. Kami saling bertalifon bertanya hal2 kebun aruah abah dan hal-hal lain yang berkaitan dengan ladang.
Kali terakhir aku berjumpanya sebelum hari raya tahun ni. Sehari sebelum itu dia memaklumkan gaji dah keluar jadi seperti biasa dia harap aku dapat datang awal sebab dia tak berani nak simpan gaji aruah lama2. Bimbang berlaku sesuatu tak di ingini di rumahnya.
Aku memberikan dia sepasang kain batik sebagai hadiah hari raya dan seperti biasa aku memberinya duit saguhati kerana bantuannya menguruskan hal gaji. Hari tu aku bagi dia RM100. Dia marah sebab katanya tiap bulan aku bagi dia duit dan kali ni banyak sangat. Aku cakap "tu duit raya untuk akak. Mana tau lepas ni, hasil tuaian sawit yang semakin merosot dan aku tak dpt bagi dia saguhati lagi".
Tapi aku terkejut bila dia kata " entah la ila. Akak tak tau la berapa lama lagi akak ni. Kaki ni dah sakit balik". Ujarnya sambil menunjukkan ibujari kakinya yang mulai hitam kerana tercucuk sesuatu. ( aku x berapa ingat apa yang di pijaknya) Aku suruh dia ke hospital sebab aku memang tahu di penghidap kencing manis. Dia kata tunggulah dulu, bulan puasa ni sibuk. Selepas bersalaman dan memohon maaf darinya aku balik ke Senai.
Lantaran aku sendiri sibuk menguruskan suami yang akan membuat operation pada 28/8/12, niat aku untuk menalifonnya bertanya kabar seringkali tertangguh. Selepas beberapa hari di JSH Jln Abd Samad, suami di benarkan balik. Tapi tiga hari selepas itu, sekali lagi aku menghantarnya ke JSH kerana aku merasakan dia terkena strok. Memang benar, setelah di buat MRI, doktor sahkan dia terkena "Mild Strok". Seminggu aku berkampung semula di JSH. Sepanjang ari di sana hati ku asik teringatkan kak Yah tapi ada saja perkara yang menghalang aku menalifonnya.
Malam tadi dalam pukul 11.42, Mis telefon tapi di sebabkan hp aku vibratekan, pukul 4 pagi baru aku perasan ada miss call. Saat ini tiba2 aku teringatkan dia. Namun aku segera menafikan sendiri perasaanku sehingga lah Mis telefon semula pada jam 6 pagi.
Innalillah... dia pergi buat selamanya malam tadi tanpa sempat aku merisik kabar terakhir darinya..
Segala macam rasa ada di hati ku. Kesal, sesal dan ralat kerana kononnya terlalu sibuk hingga aku gagal menalifonnya. Maafkan aku.. AL FATIHAH buat Aruah Kak Yah. Moga akak di kumpulkan bersama para solehah.
Tuesday, August 7, 2012
terima kasih ...
Sejak di beri ALLAH SWT ujian kepada hubby, badannya susut. Masa mula2 masuk hospital 70kg, tapi turun menjadi 64kg dalam masa sebulan. Dia hilang selera dan letih tubuh badan. Sebarang makanan langsung tak boleh di makan. Cuma aku tetap memaksa dia memakan oats dan susu/horlick atau milo.
26/7/2012, aku seperti biasa ada monthly check di Pusat Kesihatan Kulai. Memang jenuh lah menunggu tambah pulak puasa. Setelah buat ujian urine, amik darah dan pemereksaan doktor, jam dah pukul 12.45tgh. Doktor dah pesan supaya berhati2 sebab gula aku semasa di cek cuma 3.7 jer. Masa nak balik dapat call dari Nariah bagitau dia nak balik malam ni. Alamak, camana ni ek, detik hati sb memang sejak mula puasa aku tak memasak sebab hubby tak da selera makan jadi aku makan apa yang ada jer. Walaupun dia pesan jangan susah2 tapi tak sedap ati juga kesian kat budak2 yang 9 orang tu.
Sampai umah aku jadi lipas kudung buat mana yang sempat. Aku masak nasi dan masak merah ayam. Alhamdullilah selesai.
Jam 9 lebih Nariah dan keluarga sampai. Cuma Anas, Nadiah dan Said jer yang tak ikut. Macam biasa Nuha, Mamat,Najwa dan Nayli amik cuti sekolah sendiri. Saat ini aku perasan perubahan pada hubby. Dia jadi ceria bila di kelilingi oleh cucu2nya. Dia makan buah2an yang di bawak Nariah dengan begitu berselera sekali. Walaupun sebelum ni dia makan tapi banyak buang dari makan. Alhamdullilah, yakinlah aku sebenarnya dia rindu dengan cucu2nya. Masing2 bertanya kenapa atuk kurus, kenapa atuk itu dan ini.
Siapalah yang tahu apa di dalam hatinya.Rindu dan sepinya di simpan di dalam hati. Melihat wajah cucu dan melayan kerenah mereka memberikan dia tenaga yang amat sangat.
Tiada ucapan dan kata2 indah yang mampu aku nyatakan melainkan TERIMA KASIH pada mereka. Kehadiran mereka telah menjadikan hubby semakin sihat dan ceria. Terima kasih juga kerana sudi menukar plan sebab sepatutnya pagi jumaat tu mereka bertolak balik ke Bangi tetapi Amat menukar plan balik selepas buka puasa.
Sekali lagi, terima kasih semua..
Monday, August 6, 2012
Ujian ALLAH S.W.T..
Selama hampir 8 tahun aku berumahtangga, belum penah sekali pun hubby jatuh sakit. Kalau ada pun sakit dia yang biasa jer yakni susah tidor. Tapi pada 15/6/2012, ALLAH memberi ujian kepada dia dan diriku sendiri bila dia mula sakit perut yang berterusan hingga akhirnya terpaksa di bawa ke hospital. Bukan lah niat nak ke Johore Specialist Jln Abd Samad tu tapi di sebabkan bila pergi ke Hospital Kulai (17/6/12)setelah datang dari jam 9 malam hingga 5 pagi,Doktor kata tak da sakit apa2. Mungkin angin dan di benarkan balik umah.
Pagi Ahad,18/6/12 dia mula sakit balik dan bila petang sakitnya makin teruk dan akhirnya bawak ke Johore Specialist Hospital. Biasalah bila dah pegi situ memang cepat action dia. Lepas cek dan x ray, Doktor bagitau ada batu karang di dua2 saluran kencing dan yang sebelah kiri agak teruk sebab saluran dah tersumbat. Apalagi, mulailah aku berumahtangga di hospital.
Gini ler rupanya orang sakit. Selalu memang dia x pernah duduk diam kat rumah, ada jer yang di buatnya tapi ni lah kali pertama dia terbaring lama.
Ni baru lepas sarapan dan makan ubat.
Ni dah segar sikit. Setelah seminggu duk sini, dia dibenarkan keluar pada 23/6/2012 dan followup masih di teruskan sebab batu karang belum dapat di keluarkan. InsyaALLAH 11/8 ni akan pegi sekali lagi untuk ctscan melihat kedudukan batu tersebut.
Aku mohon agar ALLAH SWT memberiku kesihatan yang baik dan kekuatan mental dan pisikal untuk menjaganya selama masih belum sembuh ini. InsyaALLAH.
Subscribe to:
Posts (Atom)























