Blog ini akan bercerita tentang hati ku sendiri. Apa ada dalam hati kadang kadang tidak dapat terluahkan dengan perkataan kerana bimbang ada hati lain yang terluka. Moga apa yang di luahkan melalui penulisan akan membantu meringankan segala beban perasaan.
Sunday, January 6, 2013
selamat hari lahir mak..
sebenarnya aku telah cuba untuk menulis dari semalam tapi setiap kali jejari di tarikan di keyboard ini, air mata tidak segan silu menemani aku. terlalu banyak pembohongan terpaksa ku katakan bagi mengelak suami berprasangka.
ari ini, aku tekad untuk terus menulis walaupun tetamu tanpa di undang itu masih tidak ragu2 menghadirkan dirinya. cuma kebetulan suami masih berkebun di luar rumah.
semalam hari jadi mak yang ke 79. tarikh 5/1 tetap aku ingati selagi hayat di kandung badan walaupun selepas dia menukar kad pengenalannya tarikh lahir beliau berubah menjadi sama dengan aruah abah. biasalah kesilapan manusia..
walaupun mak telah 12 tahun meninggalkan aku, segala kasih sayang mak tidak pernah ada galang gantinya. setiap detik masa yang berlalu ingatan dan rindu kepadanya tidak pernah kurang. ada ketika aku menjadi terlalu rindu untuk memeluk tubuh gempalnya, mencari uban yang memutih di kepalanya atau paling tidak bertikam lidah dengan nya.
ada waktu2nya aku menangis sendiri kerana tidak lagi mendengar nasihat,leteran atau omelan darinya. saat paling pedih adalah bila lidah terasa2 kelazatan bubur nasi airtangannya yang menjadi ubat saat kesakitan melanda.namun yang lebih sedih adalah tiada lagi doa dari seorang ibu untuk ku.
mak,doaku agar mak di tempatkan bersama para solehah. in shaa ALLAH selagi DIA memberi kan aku peluang bernafas dengan udaranya, aku tidak akan pernah lupa mendoakan yg terbaik untuk mak dan abah. In shaa ALLAH..
Al fatihah.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment