Thursday, July 15, 2010

Diri, bersyukurlah...


Tadi pegi TJ Mart dan terjumpa Peah, kawan masa sama kerja di Taiko. Dari jauh aku macam biasa le dah melambai2 kat dia tapi aku melihat ada perubahan pada dirinya. Wajahnya pucat dan raut wajahnya hambar. Aku bersalam dan bertanya kabar. Saat aku bersalam, ku lihat dari pergelangan tangan hingga ke jari2nya putih pucat dan dia seakan menjerit bila jarinya ku genggam.
Rupanya dia baru pulih dari kemalangan jalanraya sebulan yang lalu. Akibat kemalangan, anaknya masih di rawat di Hospital Sultanah Aminah Johor dan yang lebih mempilukan bila Peah kata "Suami aku meninggal dalam accident tu".
Ya ALLAH, aku memang terkejut sebab setiap kali jumpa Peah mesti dia bersama suaminya dan anak2nya. Kini Peah melakukan segala-galanya sendiri. Suaminya tiada lagi menemani dia di sisi.
Ya Allah, ampuni aku. Aku selalu merungut dan tidak puas hati. Apakah aku mampu melakukan segalanya sendiri jika satu hari nanti KAU mengambil dia dari ku? Aku memang melakukan banyak perkara sendiri tetapi di masa hadapan,mampu kah aku?
Diri, bersyukurlah dengan apa yang ada. Maafkan aku diri kerana acapkali sebagai manusia biasa aku sering merasa tidak puas hati dan keciwa dengan apa yg aku perolehi.
Peah, pertemuan kali ini amat menyentuh hati ku dan aku akan cuba menjadi lebih bersyukur dengan apa yg aku ada. Insya ALLAH..
Al Fatihah buat suamimu Peah. Moga dia di tempatkan bersama para solehin. Amin

Sunday, July 11, 2010

Al Fatihah untuk Ayah Mat...


Semalam aku terjaga jam 2.15pagi dan tiba2 teringatkan Zura, kawan ku. Hati berdetik sendiri, apa agaknya yg terjadi. Lepas tu aku terlena semula dan dalam jam 3 lebih, ada sms dari Zura. Ayahnya meninggal dunia. Alfatihah..
Aku dengan Zura mula kenal semasa berkerja di MEM. Aku ingat lagi kenangan semasa kami tinggal di asrama. Maklum ler org bujang. Dia memang rajin masak dan yang sering membuat air liur ku kecur ialah singgang ikan dan kangkong goreng belacannya. Marvelous.(Kalau dia baca ni, sure punya kembang seluruh badan heheh)
Empat belas tahun mengenalinya, membuatkan aku sedikit faham akan perangainya. Alhamdullilah ALLAH S.W.T mempermudahkan perhubungan persahabatan kami sehingga aku mengenal keluarganya di Besut Terengganu. Semasa majlis perkahwinannya aku telah pergi ke Besut dan di situ aku mengenali Ayah Mat.
Sampai saat ini masih aku teringat lagi saat dia duduk di tepi tangga dan memerhatiku sambil berkata "Oh.. ini ruponya kak milah." Katanya dapat juga jumpa orang yang bernama Kak Milah, selalu cuma dengar cerita jer. Aku cakap ngan dia, ni lah kak milah hok comel tu. Dia ketawa suka.
Sejak itu, aku sering berhubungan dengan mak Yam, untuk bertanya kabar. Sehingga kini ku rasakan kami seperti satu keluarga.
Tapi takdir menentukan Ayah Mat menghidap kenser kulit dan akhirnya ALLAH S.W.T menjemputnya pada hari ini,11/7/2010, sekitar jam 2.15 pagi.
Kepada keluarga besar Makcik Yam,Ustaz Lah dan Kak Zie, Kak Zan,Ina, Zura, Patah, Idah,Azrul, Ilah, Adah dan Farihah hanya ucapan takziah dan AL FATIHAH dapat ku kirimkan. Moga semuanya sabar dan tabah. Untuk Adah dan Fariha, teruskan perjuangan sebab ayah mat tentu sekali ingin melihat kelian berjaya.
Moga Almarhum Ayah Mat di tempatkan bersama para solehin. Amin...

Friday, July 9, 2010

Monday, July 5, 2010

Alhamdullilah... syukur kepada Nya

Itu yang aku dapat katakan. Syukur ke atas setiap RahmatNya. Ana telah selamat melahirkan baby girl Nurul Aqila Maisara pada 1hb July 2010. Aisyah pulak dah selamat untuk menyambung pelajaran di Universiti Malaysia Sabah.
Bujang Apiz pulak dah masuk dua bulan menjalani praktikal di Jabatan Tenaga Rakyat di Subang Jaya. Moga2 dia berjaya mendapat perkerjaan yang baik setelah tamat nanti.
Moga yang lain juga terus berjaya dunia dan akhirat. Aminnnn

Sunday, June 20, 2010

Selamat Hari Bapa, abah...



Apa yang perlu ku tulis mengenai abah? Sebenarnya terlalu banyak. Abah yang satu ketika dulu amat berdikari kini sudah semakin di mamah usia dan uzur. Semalam aku terpaksa menangguhkan solat maghrib ku kerana keuzurannya. Mula tu dah masuk bilik air, dengar dia batuk berulang kali. Aku keluar semula dan menyapu segala macam minyak. Minyak angin, minyak rusa, minyak rimau. Dah macam2 bau minyak. Kemudian aku kembali ke bilik air semula, dengar dia batuk lagi. Lebih keras dari sebelumnya. Aku keluar lagi dan sapu pulak ubat batuk terapi yang Seman bagi dia. Agaknya selepas meneguk sedikit air, batuk reda dan solat ku semalam dah hampir jam 8.
Abah, aku tahu aku tidak mampu menjagamu sebaik baiknya. Namun aku sentiasa memohon pada ALLAH SWT agar memberikan aku kesabaran dan ketabahan untuk terus menjaganya walaupun kadang2 aku terpaksa berselisih pendapat dengannya.
Abah, hanya ku mohon, ampunkan dosa2 dan ketelanjuran kata-kata dan perbuatan selama aku menjagamu. Aku hanya manusia biasa yang tidak pernah lari dari melakukan kesilapan. Maafkan aku ...

Friday, June 18, 2010

apa dalam hati...

Memang lama tak buka blog. Hati gundah gulana. Memikirkan macam-macam hal. Suami, ayah, anak-anak dan adik beradik. Sebenarnya hati di rasuk rindu pada mereka. Termasuk kenangan masa lalu masa kecik kecik, menginjak remaja dan melangkah dewasa. Di depan mata terbayang2 keletah ayong, pas tu apiz yang macam2, ain lutut merah dan adik yang putih melepak. Aisyah, Naim dan yam duduk jauh jadi hanya jumpa masa raya. Syafiq memang jarang jumpa dulu. Apapun itulah buah hati yang kadang boleh membuat aku tidak tidor lena.
Walapun hanya anak sedar tapi, hati risau memikirkan mereka di masa depan. Aku cuba berhenti untuk memikirkan mereka tapi entah lah. Barangkali itu lah perasaan aruah mak dulu. Kini masa sampai untuk ku pula.
Anak2, doa uda kebahagian untuk kelian dunia dan akhirat. Jangan sesekali derhaka pada ibubapa dan jangan abaikan solat yer.

Tuesday, June 8, 2010

Tetamu Senja



Dah lama tak update blog. Bukan x ada citer tapi x tau nak di mulakan dari mana. Aku hantar abah ke hospital pd 31hb Mei ari tu dan dalam masa dua hari berbagai yang ku lihat. Benar lah,kematian akan tiba bila sampai masanya. Tidak cepat atau lewat walau se detik. Kedua-duanya masih muda dan kadang kala di fikirkan, kenapa muda2 dah meninggal tapi itu janji ALLAH S.W.T.
Seorang pengidap kencing manis berusia 33 dan seorang lagi sakit jantung dan baru 26 thn. Yang berusia 33thn, meninggalkan isteri yang tidak berkerja dan anak berusia 8 dan 5thn. Yang lagi satu meninggalkan isteri yang sarat mengandung dan anak yang masih kecil.(Aku x pasti berapa dan usia anak2nya)
Aku terfikir, apa akan jadi selepas ini? Apakah anak-anak akan mendapat ayah baru dan saat ibu leka di belai cinta baru, akan terabaikah anak2? Barangkali orang akan menganggap aku pesemis tapi itulah hakikiat kehidupan.
Ada masa kita alpa dengan tanggungjawab tidak terkecuali diri ku sendiri. Ada masa aku menuntut sesuatu yang lebih dari yang sepatutnya kerana sifat manusia tidak pernah puas dengan apa yang ada.
Maafkan aku Ya ALLAH. Aku berusaha memperbaiki diri ini walaupun dengan segala kepayahaan.