Blog ini akan bercerita tentang hati ku sendiri. Apa ada dalam hati kadang kadang tidak dapat terluahkan dengan perkataan kerana bimbang ada hati lain yang terluka. Moga apa yang di luahkan melalui penulisan akan membantu meringankan segala beban perasaan.
Wednesday, May 26, 2010
Kisah kehidupan..
Dah berapa ari ni tak update blog ni. Ada busy sikit. Tambah pulak lutut ni kemain sakit lagi. Entah kenapa tak tau ler. Nak kata lebih urik asid, rasanya tak da makan daging merah. Hubby lak tak berapa sihat.Kejap demam, kejap kebah. Berulang-ulang. Mujur abah ok. Tapi rasanya minggu depan nak bawak gak pegi Hospital. Bulan enam dah mula rejab. Dia dah cakap nak puasa. Kesian pulak. Apa-apa pun, doaku agar aku sihat untuk menjaga ke dua-dua mereka. Aminnnn
Sunday, May 23, 2010
Untuk anak-anak...
Ari ni masak sambal tumis ikan bilis, kari kepala ikan merah ngan goreng papedom. Makan siang tadi sorang jer. Hubby pegi gotong royong di Kebun Teh. Abah memang makan awal. Memang hari ni masak awal dari selalu. Kadang dah tengahari baru jenguk dapur.
Bila makan sorang-sorang, teringat pada anak anak buah yang lapan tu. Abang memang suka sangat makan masak pedas. Memang dia akan menambah dua,tiga kali. Sayu rasa hati bila tenguk kari tu dah masak. Masa berlalu terlalu pantas. Dulu aku yang menyuap makan, mendodoi masa dia nak tidor dan melayan segala kerenahnya. Sekarang dia sudah mulai menapak sendiri menentukan haluan hidupnya.
Aku kadang kadang sedih bila mengingatkan semakin dewasa anak-anak, mereka semakin cuba hendak menjauhkan diri. Rasanya tidak pernah mereka di halang tanpa sebab, tidak pernah mereka di tegur jika tidak melakukan kesilapan tapi mereka seolah-olah mahu pergi jauh dan meninggalkan kami di sini sendirian.
Ada masa mereka menjadi terlalu perahsia. Kenapa? Salahkah jika kami orang tua mereka mahu mengetahui rahsia mereka demi menjaga keselamatan mereka?
Seingat aku, semasa usia remaja, setiap langkah dan perbuatanku akan ku maklumkan pada mak dan abah. Kemana juga hala tujuku, mereka orang pertama aku maklumkan supaya jika terjadi sesuatu, mereka sudah maklum di mana aku berada.
Anak-anak ku, kami tidak pernah mahu menyekat kebebasan kelian. Kami menjaga kamu ibarat bermain layang2. Kami biarkan kamu terbang bebas tapi dalam masa yang sama, kami sentiasa memastikan supaya kamu tidak tersasar jauh dari landasan sebenarnya.
Biar kamu sudah semakin dewasa, ingatlah ibubapa tetap perlu di hormati dan jangan sekali2 bersikap tidak jujur kepada mereka. Teguran mereka bukan ke jalan keburukan tapi untuk kebaikan mu juga. Berbincang lah jika ada kesulitan baik dari segi pelajaran atau peribadi.
Saturday, May 22, 2010
Cerita tentang hati..
Malam tadi mata susah nak lelap. Bila dah bangun, aku menjenguk ke bilik abah. Rupanya dia lapar tapi makanan dah sejuk. Lagi pulak dia sakit kepala dan gelap mata. Sebak ati aku bila dia kata, nak makan tapi bubur tu sejuk. Aku panaskan bubur dan buatkan se cawan nescafe panas untuknya. Bagi sekali ubat sakit kepala. Lepas makan, aku suruh dia tidor. Abah ada habit yang payah nak di tinggalkan. Kalau dia dah terjaga dari tidor, tak kira pukul berapa dia akan bangun dan mandi. Aku takut itu akan mendatangkan masalah pada paru2nya pula. Tapi itulah orang tua. Di nasihat nanti dia merajuk dan kata aku asik marah dia jer. Apa pun aku cuba membuat yang terbaik walaupun kadang-kadang dia masih tak puas hati.
Aku tahu aku bukan yang terbaik untuk memenuhi setiap keinginan orang lain. Aku tahu kadang2 keikhlasan ku tertinggal jauh di belakang kerana aku juga manusia biasa yang punyai bukan sedikit malah berjuta kekurangan.Aku juga ada masa hati ku meronta ronta tidak puas hati dengan apa yang ku alami selama ini tapi aku juga tahu ALLAH Maha Mengetahui.
Aku sering mengingatkan diriku sendiri bahawa sampai suatu saat, aku juga akan jadi seperti abah. Namun abah lebih beruntung kerana mempunyai anak-anak sedangkan aku? Aku hanya mampu berdoa agar hidup di usia senja ku akan ada sekelumit kasih sayang dari insan untuk di kongsi bersama ku.
Wednesday, May 19, 2010
Tuesday, May 18, 2010
Hehe akhirnya aku terkena juga...
Semalam balik Masjid, hubby kata ada orang jual periuk kat depan umah sewa dia.Dah dia bagi pegi, aku pegi gak ler tenguk2. Memang ler mahal sikit. Yang syoknya aku tenguk mangkuk cuci tangan. Memang cantik, tanya orang tu berapa, dia kata RM32.OO sebiji. Kat umah memang tak da benda tu. Jadi ingat dalam hati, kalau beli ok gak, kot2 nak buat kenduri ker, senang sikit. Beli dua dia bagi RM50.00. Balik tunjuk kat hubby dia kata, cantik, rasa lega sikit sebab dia setuju dengan pembelian tu.
Petang tadi pegi beli barang di TJ MART. Sambil jalan jalan ternampak ler bekas cuci tangan yang memang sama sesangat dengan yang beli semalam. Nak tau berapa? RM10.00jer untuk 3 bijik. Rasa nak jerit kat situ gak. Aku ter tipuuuuu.
Nak sedapkan ati, cakap ler, tak pa la. Orang tu pun nak cari makan gak tapi lepas ni, insyaALLAH tidak lagi aku beli kat situ.
Petang tadi pegi beli barang di TJ MART. Sambil jalan jalan ternampak ler bekas cuci tangan yang memang sama sesangat dengan yang beli semalam. Nak tau berapa? RM10.00jer untuk 3 bijik. Rasa nak jerit kat situ gak. Aku ter tipuuuuu.
Nak sedapkan ati, cakap ler, tak pa la. Orang tu pun nak cari makan gak tapi lepas ni, insyaALLAH tidak lagi aku beli kat situ.
Monday, May 17, 2010
Semalam berlalu, hari ini di hadapi...
Semalam aku lewat pegi ziarah. Sampai jer jenazah dah di kebumikan. Apapun aku tidak merasa ralat sebab aku dah jumpa Almarhumah semasa beliau di Hospital Kulai. Sepi rasanya bila datang ke rumah itu tanpa sapaan dan senda guraunya nya. Semasa aruahnya ada, dia akan duduk di beranda rumah dan menyapa sesiapa saja yang lalu di hadapan rumah. Itulah yang akan menjadi kenangan pada kami. Almarhumah dari golongan yang peramah dan berkawan tanpa mengira status.
Kadang-kadang aku selalu terfikir, kalaulah aku mampu mengubah putaran dunia, aku pasti ingin kembali kepada keindahan dan keceriaan semasa zaman remaja di rumah ku itu. Berjalan ke sekolah ugama, menunggu bas ke sekolah menengah sambil menghirup air batu sirap di tambah dengan air jeruk.
Tapi ini lah putaran hidup yang hakiki. Dari bayi, menjengah ke zaman kanak2, melangkah ke usia remaja, berkerja dan kini aku seorang suri rumah sepenuh masa. Selalu aku merungut, penat kena buat kerja rumah dan memasak. Tapi sesungguhnya setiap kali itu juga aku berdoa agar aku ikhlas dalam setiap yang ku lakukan. Aku tahu, masih ada ramai orang di luar sana yang mengalami kepayahan yang lebih teruk dari ku.
Begitulah, semalam telah berlalu, hari ini di hadapi dan esuk segala kemungkinan akan berlaku tanpa kita duga.. Diri, bersyukurlah..
Saturday, May 15, 2010
Al fatihah..
Sepatutnya petang sabtu ni, aku akan menghadap tv8 untuk tenguk citer Taiwan. Tapi ari ni, setelah mendapat kabar dari Yus memberitau Mak Som meninggal,mood aku terus hilang. Aku hanya mampu mengimbau kisah-kisah lalu antara keluarga Mak Som dan keluarga kami.
Bila abah tamat perkhidmatan TUDM, kami berpindah ke FELDA. Bukan nak berlagak atau cakap sombong, tapi ini adalah hakikat. Kami adik beradik tak pernah hidup susah. Selama abah kerja, kami tinggal di kuarters. Api dalam kaco, air dalam bosi, kata orang nogori.
Bila kami sampai di FELDA,ia tak ada apa2. Air di tepi jalan, elektrik memang tak ada. Kami adik beradik menangis nak balik ke umah di K.L. Saat itu lah kami sekeluarga mengenali Mak Som dan aruah Pakcik Keman. Dia lah yang menolong mak dan abah angkat air, pasangkan lampu gasolin dan memujuk kami adik beradik.
Keluarga kami menjadi akrab sejak itu dan aruah memang "best friend" aruah mak ku.
Sampai hari ini, aku masih ingat keharumah nasi lemak, kelembutan kueh sambal dan seri muka Mak Som. Itu telah menjadi sebahagian darah daging ku. Dulu jam 530 pagi, aku akan ke rumahnya dan membeli makanan tersebut sebagai bekalan untuk di bawa ke kilang tempat aku berkerja.
Mak Som dan aruah pakcik memang orang yang murah hati. Kerana itu mereka murah rezeki dan mampu membesarkan anak-anaknya seramai 10orang(aku pun dah lupa bilangannya)dengan hasil berniaga tersebut.
Kalau bulan puasa, aku memang tunggu2. Kami akan bertukar2 juadah dan tentunya juadah Mak Som yang aku tunggu. Sehingga kini aku akan mencari Bubur Candil kerana aruah yang mengajar aku memakan bubur itu.
Bila nak raya, Mak Som, Uda, Yus dan kakak sulong ku akan beramai2 membuat kueh buah rotan, mini popiah dan dua tiga jenis lagi kueh.
Aku tau saat itu tidak mungkin berulang tapi, setiap memori lalu telah ku letakkan di sudut hati ku yang paling dalam agar ia tidak luput hingga akhir hayat ku.
Buat Abg Long, ngah, uda,uteh, andak,alang, anjang, yus, ucu dan iwan,takziah dari ku dan keluarga. Biar lah Mak Som tenang di tempatnya dan di letakkan bersama golongan para solehah.
Bagi pihak keluarga, terima kasih kerana menerima kami sebagai keluargamu. Biar pun orang yang kita sayangi telah meninggalkan kita, ku harapkan hubungan antara kita tetap kekal hingga ke akhir hayat kita.
ALfatihah buat Almarhumah Bonda Thum bt Darim..
Friday, May 14, 2010
Penawar rindu ....
Lagu yang sering aku nyanyikan semasa aruah mak ada. Nyanyi sambil baring-baring di sebelahnya atau saat mengemas rumah. Dia selalu marah sebab katanya menyakitkan telinga. Tapi kalau kat radio atau tv keluar lagu ni, memang suka benor dia. Tapi bila mak dah tak da, aku tidak lagi mampu untuk menyanyi walaupun se baris lirik yang mudah.
Mak, rindu ku tidak pernah padam...
Wednesday, May 12, 2010
Monday, May 10, 2010
Selamat meneruskan pelajaran adik...
Esuk (10/5/10) adik akan melanjutkan pelajaran ke Kolej Matrikulasi di Pontian. Sebenarnya dia juga mendapat tawaran ke UITM Bukit Mertajam jurusan Kejuruteraan Eletrikal(Peralatan). Tapi mak dan abahnya memujuknya ke Kolej Matrikulasi sebab dekat sikit. Sebelum ni abang di UUM, Sintok dan kakak di UIA, Gombak.
Agaknya si kecik ni memang di harapkan dapat dekat2 jer dan senang mak dan abahnya menjenguknya.
Sebenarnya adik lebih berminat ke UITM sebab itu kursus pilihannya tapi dia akur dengan kehendak mak dan abahnya.
Adik, itulah pengorbanan. Besar pahalanya berkorban pada mak dan abah. Barangkali setengah orang melihat kes begini sebagai menghalang minat anak. Tapi aku lebih percaya ada hikmah di sebaliknya.
Uda doakan adik belajar dengan baik dan selepas ni dapat melanjutkan pelajaran dalam bidang yang adik minati. Jangan lupa setiap pesan mak dan abah sebab tanpa restu mereka kita tidak mungkin berjaya.
Sunday, May 9, 2010
Kopratasa - Masihkah Kau Ingat
Lagu ini khas buat kawan-kawan di mana saja berada samada kwn2 di sekolah Keb dan Men, di Institute Damai Kluang, di Pusat Latihan Trolak, Sungkai dan yang sama-sama berkerja di Taiko atau Mitsubishi. Anda sentiasa di hati ku..
Bertemu kawan lama..
Betapa besarnya kuasa ALLAH S.W.T. Semalam aku terjumpa kawan lama yang sama-sama berkerja di Taiko Electronics. Rasanya sudah hampir 16tahun tak juma dia. Ju adalah kawan yang sama2 berjalan kaki pergi dan balik ke tempat kerja. Pada sekitar 1990an memang payah nak dapat kenderaan untuk ke tempat kerja kami. Bas pun masa tu sejam sekali. Akhirnya tiap pagi kami berjalan kaki dan balik pun jalan kaki juga. Dulu keadaan sekitar itu selamat. Insyallah Ju, kita jumpa lagi nanti. Terlalu banyak kenangan kita berdua kan...
Lagi sorang yang aku jumpa ialah Aminatul. Dia sama2 kerja di Mitsubishi Electric tapi sekarang Ami dah bawak bas sekolah. Hehe tak sangka Ami yang kecik tu dah jadi driver bas.Rasanya dah tujuh atau lapan tahun tak jumpa dia.
Apapun aku gembira, kawan2 ku masih seperti dulu juga,walau lama tak jumpa, mereka masih ramah seperti saat kami sama2 berkerja dulu. Ami, all the best "mama driver".
Lagi sorang yang aku jumpa ialah Aminatul. Dia sama2 kerja di Mitsubishi Electric tapi sekarang Ami dah bawak bas sekolah. Hehe tak sangka Ami yang kecik tu dah jadi driver bas.Rasanya dah tujuh atau lapan tahun tak jumpa dia.
Apapun aku gembira, kawan2 ku masih seperti dulu juga,walau lama tak jumpa, mereka masih ramah seperti saat kami sama2 berkerja dulu. Ami, all the best "mama driver".
Monday, May 3, 2010
Bersyukurlah diri...
Semalam seorang anak kecil datang ke rumah dengan membawa pinggan berisi dua ekor ikan kering.
"Nenek, mak mintak tolong gorengkan.Gas abis, ayah gaji esuk".
Aku terkesima dengan kata-katanya. Aku tidak tahu apa perasaan aku saat itu.
Aku memang kenal keluarga itu. Mak kanak-kanak itu mengidap sakit buah pinggang dan anak lelakinya sakit paru2. Suaminya berkerja di kilang.Sambil mengoreng ikan aku terfikir tentang diriku, seringkali berkeluh kesah sedangkan masih ada lagi insan yang lebih susah dari ku.
Apakah aku tergolong di dalam mereka2 yang tidak bersyukor? Maafkan aku diriku.
Sunday, May 2, 2010
Ikhlas kah aku?
Aku tak tau ikhlaskah aku? Aku cuba sedaya upaya melakukan segalanya dengan ikhlas tapi aku juga manusia biasa yang tidak pernah lekang melakukan kesilapan bila dan kealpaan. Aku mohon ALLAH S.W.T memaafkan setiap kelalaianku, kemarahan hati ku dan kata-kata yang membuatkan orang lain tersinggung hati. Aku juga memohon agar setiap apa yang terdetik di hatiku yang mengandungi niat yang tidak selaras dengan kemahuan asalku di maafkan. AMIN YA RABBIL ALAMIN.
Subscribe to:
Posts (Atom)